33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

HPKK UKM sedia menerima pesakit Covid-19

Mesti Baca

CYBERJAYA – Hospital Pakar Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM) kini bersedia menerima pesakit Covid-19 selepas hospital itu diambil alih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menampung jumlah pesakit wabak tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, HPKK UKM yang merupaka hospital pengajar kedua UKM yang baharu siap dibina mempunyai 243 katil termasuk 28 katil rawatan kritikal atau ICU bersaiz dewasa.

“Bagi permulaan fasa pertama ini, KKM mensasarkan pembukaan sebanyak 28 buah katil ICU dan 46 buah katil wad biasa untuk beroperasi merawat pesakit-pesakit COVID-19.

“Kapasiti ini akan dipertingkatkan sehingga 40 buah katil ICU dan 70 buah katil wad biasa dari semasa ke semasa,” katanya menerusi hantaran dalam Facebooknya malam tadi.

Dr Noor Hisham berkata, sekiranya diperlukan juga, wad-wad biasa juga mampu menampung sebanyak 15 pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan di setiap wad tersebut.

HPKK UKM yang baharu siap dibina dilengkapi dengan fasiliti moden. – Sumber: FB Noor Hisham

Beliau berkata, HPKK UKM dilengkapi dengan unit kecemasan tersendiri dan mempunyai tujuh buah katil yang dilengkapi dengan stesen pemantauan pesakit elektronik untuk setiap katil.

Katil-katil ini juga, jelas beliau, boleh diguna pakai untuk merawat pesakit kritikal sekiranya keadaan memerlukan.

“Dengan adanya HPKK UKM ini, KKM mempunyai fasiliti tambahan untuk menguruskan pesakit-pesakit COVID-19 dari kawasan sekitar Lembah Klang,” katanya.

Katanya, kapasiti katil ICU untuk pesakit-pesakit COVID-19 di negara ini sudah mencapai tahap maksima terutamanya di Lembah Klang yang mana penggunaan katil kritikal sudah melebihi 100 peratus.

“Oleh yang demikian, selain daripada bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia, KKM juga telah bekerjasama dengan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz untuk meningkatkan keupayaan bagi merawat pesakit-pesakit terutamanya pesakit kritikal COVID-19.

“HPKK UKM dibina sebagai sebuah hospital pintar kepakaran pediatrik yang pertama dalam negara dan telah dijadualkan memulakan pengoperasiannya pada akhir Mac 2021,” jelas beliau.

Dr Noor Hisham berkata, KKM akan bekerjasama dengan HPKK UKM dan organisasi badan bukan kerajaan (NGO) yang lain bagi mengoptimakan pengoperasian hospital tersebut dengan berkongsi keperluan sumber manusia dan kepakaran, peralatan, “consumables” dan ubat-ubatan.

“Kita tidak boleh menang dalam perang COVID-19 ini tanpa kerjasama daripada semua pihak kerana kita adalah benteng terakhir negara.

“Pembukaan hospital bukan KKM kepada pesakit-pesakit COVID-19 membuktikan betapa pentingnya ‘whole-of-government & whole-society approach’ dalam usaha negara dalam memerangi COVID-19,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan