34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bertenang, bekalan vaksin sampai nanti, saya hantar – KJ

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Masyarakat diminta bertenang sementara menunggu bekalan tambahan vaksin tiba di Malaysia tidak lama lagi, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Ini kerana, jelas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu, semua sasaran pemberian vaksin adalah berdasarkan kepada perbekalan yang ada.

“Bertenang. Bekalan akan sampai nanti. Saya tidak simpan mana-mana vaksin. Vaksin itu sampai saya hantar… kita dapat pelepasan lot (vaksin) dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), kita akan terus hantar pada negeri-negeri dan pusat pemberian vaksin (PPV) kita.

”Kita punya kadar penggunaan vaksin kini 90 peratus. 100 vaksin sampai, 90 akan diguna dalam tempoh beberapa hari. 10 tu buffer sikit untuk janji temu akan datang,” katanya dalam sidang media program pertama pemberian vaksin sektor pengangkutan dikendalikan Lembaga Pelabuhan Klang bermula hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Khairy berkata, penggunaan vaksin yang mencecah 90 peratus itu menyebabkan terdapat negeri yang sudah tidak mempunyai bekalan vaksin yang banyak.

Pada sidang media yang sama Wee berkata, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, akan memberi penerangan berhubung perkembangan isu penjualan atau pajakan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang (LTSAAS), dekat sini.

Advertisements

Beliau menjelaskan, pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama Tengku Zafrul sebelum ini susulan banyak laporan berita berhubung perkara tersebut disiarkan.

“Saya nak jawab secara jelas, sila baca kenyataan MOT sebelum ini dan kedua, apa juga status terkini saya sudah berbincang dengan Menteri Kewangan, kerana banyak laporan dipetik sana sini dan beliau sendiri akan beri memberi penerangan,” katanya.

Beliau mengulas soalan pemberita berhubung dakwaan isu penjualan atau pajakan (LTSAAS).

Media sebelum ini melaporkan Kenyataan Kementerian Pengangkutan yang menyatakan sebarang cadangan untuk membangunkan semula LTSAAS masih di peringkat awal.

Kementerian itu memaklumkan, sebarang pertimbangan dan keputusan akhir berhubung cadangan pembangunan semula lapangan terbang, yang dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang itu akan diputuskan oleh Kabinet.

Ia susulan laporan mengenai entiti swasta mengusulkan kepada kerajaan untuk mengambil alih dan mengoperasikan lapangan terbang itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan