25.1 C
Kuala Lumpur
Monday, January 24, 2022
< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

1.22 juta lengkap dua dos vaksin, suntikan cecah 3.94 juta

Mesti Baca

CYBERJAYA – Seramai 1,220,939 individu telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 di negara ini di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitternya,  seramai 2,724,048 individu telah menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 3,944,987 dos.

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 157,671 dos diikuti Sarawak (128,648), Kuala Lumpur (113,466), Johor (113,171) dan Perak (110,610).

Program  berkenaan kini dalam fasa kedua bermula April lepas hingga Ogos ini dan akan melibatkan pemvaksinan ke atas 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya.

Fasa ketiga yang bermula bulan lepas hingga Februari 2022 pula melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

Pada fasa pertama program yang berlangsung dari Februari hingga April lepas, seramai kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan menerima vaksin.

SEMENTARA ITU, Seramai 15,000 sukarelawan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan digerakkan bagi membantu proses pemberian vaksin. Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata sukarelawan terlibat ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), khidmat bantu di rumah JKM, Skuad Prihatin Negara, Skuad Waja, Jabatan Pembangunan Wanita dan Yayasan Kebajikan Negara.

Baca juga:   Pemuda UMNO teruslah jadi jurucakap rakyat, usah peduli ‘langau' politik
Baca juga:   CITF sasar 10 peratus populasi terima vaksin penuh bulan ini

“Sukarelawan akan digerakkan untuk membantu proses pemberian vaksin kepada kumpulan sasaran KPWKM, mempromosikan pendaftaran dan penyebaran maklumat sahih mengenai kebaikan vaksin COVID-19 serta membantu kumpulan sasaran yang amat memerlukan bantuan fizikal seperti Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas terlantar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rina juga berharap masyarakat mengambil berat dan menjadi “mata dan telinga” kerajaan dengan melaporkan  kes yang memerlukan bantuan segera seperti warga emas atau OKU yang berseorangan atau terlantar kepada saluran yang sesuai.

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Terkini

Setiausaha Politik Ahli Parlimen antara dua individu didakwa esok

DUA individu yang mempunyai kaitan dengan seorang Ahli Parlimen di Selangor akan didakwa di Mahkamah Sesyen esok, atas tuduhan...

Lagi Artikel Berkaitan

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>