26.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 18, 2022

Polis siasat Tajuddin tak pakai pelitup muka

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan terhadap Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu dilihat melakukan kesalahan itu dalam sidang media selepas meninjau insiden kemalangan tren aliran transit ringan (LRT) di Stesen LRT Kuala Lumpur, semalam.

Rakaman video yang menunjukkan Tajuddin hanya memakai pelindung muka sahaja semasa sidang media seterusnya tular dalam media sosial sehingga mencetuskan kecaman oleh para netizen.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan dijalankan terhadap video yang tular tersebut.

“Polis Dang Wangi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 17 (1), Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkita (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Kesemua yang terlibat dalam kes ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

“Kertas siasatan akan diserahkan ke Pejabat Pendakwa Raya apabila siasatan selesai dijalankan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau menambah, PDRM menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Baca juga:   Minyak masak: Guna cukai ‘windfall’ bantu pembeli - Shahril

“Kegalan mematuhi SOP ini membolehkan tindakan diambil di bawah undang-undang dan peraturan yang masih berkuat kuasa,” jelasnya. – EDISI 9

Baca juga:   Perlis catat kes jangkitan baharu tertinggi semalam

Terkini

RFID: PLUS, TNG diarah selesai isu kesesakan di plaza tol

PLUS Malaysia Berhad diarah mencari jalan penyelesaian berhubung isu kesesakan yang berlaku di plaza tol lebuh raya ekoran pelaksanaan...

Lagi Artikel Berkaitan