28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pembaca berita disiasat, Astro Awani beri kerjasama

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Stesen televisyen Astro Awani akan memberi kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan berkaitan kontroversi penyampaian berita Awani 745 mengenai isu kompaun RM50,000 terhadap dua peniaga kecil di Kelantan.

Ketua Pengarangnya, Ashwad Ismail berkata, Astro Awani sentiasa berpendirian bahawa institusi kepolisan negara yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat perlu sentiasa dihormati dan dipelihara setiap masa.

“Sebagai saluran berita utama dan hal ehwal semasa, Astro Awani terus komited bersama memperkukuh jalinan kerjasama yang sedia erat antara masyarakat dan PDRM melalui pemberitaan yang beretika, seimbang dan berkualiti,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam Berita Harian melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan terhadap kes pembaca berita sebuah stesen televisyen yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Meskipun tidak menamakan stesen terbabit dan apa yang diperkatakan penyampai berita itu, namun sedutan berita tersebut tersebar di media sosial ketika orang ramai tidak berpuas hati dengan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang wabak COVID-19.

“Sekarang ini ramai yang hidup secara ala kadar. Ketika otak yang letaknya di atas, tapi ada yang bertindak seolah-olah otak di lutut.

“Mengenakan kompaun RM50,000 pada penjaja kecil yang hanya berniaga di kawasan kampung sendiri, usaha itu dibuat kerana ada yang menanggung sehingga 11 sekeluarga,” kata pembaca berita berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, berkata tindakan pembaca berita itu menimbulkan fitnah dan kebencian masyarakat terhadap pihak penguat kuasa, terutama pasukan polis.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan jka sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian) yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Baru-baru ini, isu tiga peniaga kecil di Kelantan yang dikenakan kompaun maksimum RM50,000 menjadi tular dalam media sosial dan hangat dibincangkan dalam kalangan netizen. – EDISI 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan