34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Noor Hisham rayu majikan benarkan pekerja BDR

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Para majikan dirayu membenarkan para pekerja mereka bekerja dari rumah (BDR) bagi mengehadkan bilangan pekerja yang hadir ke pejabat dalam satu-satu masa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah membuat rayuan itu berikutan peningkatan kes Covid-19 serta kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU) bagi wabak tersebut hampir penuh.

Pada masa yang sama beliau juga menyeru orang ramai agar melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kendiri atau ‘self total lockdown’ bagi memutuskan rantaian Covid-19.

“Lakukanlah kawalan pergerakan kendiri dengan kekal duduk di rumah. Sekiranya terdapat urusan penting di luar, pastikan patuh kepada SOP.

“Majikan diseru untuk memberi kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah (BDR) dan menghadkan bilangan pekerja yang hadir ke pejabat pada satu-satu masa,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Noor Hisham berkata, sehingga semalam, kadar penggunaan katil ICU Covid-19 secara keseluruhannya di seluruh negara telah mencapai 83 peratus dan peluang pesakit kritikal lain mendapatkan rawatan ICU semakin mengecil.

“Sistem kesihatan negara menghadapi tekanan yang amat besar dan memerlukan bantuan anda untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” rayu beliau.

Sementara itu, dalam hantaran lain, Noor Hisham berkata, hampir seluruh daerah di Semenanjung telah bertukar menjadi zon merah berdasarkan 14 hari taburan Covid-19 sehingga 19 Mei lalu.

Beliau berkaya, hanya tinggal tujuh daerah masih berstatus zon kuning manakala tiada lagi zon hijau di Semenanjung.

Justeru, beliau merayu agar semua pihak menjaga diri dan keluarga masing-masing dan mengamalkan PKP Kendiri.

Semalam, kes baharu harian di seluruh negara mencatat rekod tertinggi iaitu sebanyak 6,806 kes dengan 59 kematian, iaitu kadar kematian tertinggi sejak Covid-19 dikesan di negara ini awal tahun lalu.

Daripada jumlah tesebut, sebanyak 50,171 kes aktif dengan 587 darupadanya memerlukan rawatan di ICU manakala 330 kes lagi memerlukan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan