26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Kerajaan gagal lucut hak RM114j disita dari Pavilion Residences

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan kerajaan untuk melucutkan hak wang tunai lebih RM114 juta yang disita polis di Pavilion Residences selepas pilihan raya 2018.

Hakim Muhammad Jamil Hussin berkata, Jabatan Peguam Negara gagal membuktikan bahawa wang RM114 juta itu mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1MDB.

Memetik laporan FMT, beliau berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan wang tunai yang dirampas adalah dana yang diperoleh dari kesalahan pecah amanah (CBT).

Kerajaan mahu melucut hak wang tunai RM114,164,393.44 dan barang kemas serta barangan berjenama mewah yang dirampas dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, tiga tahun lalu.

Mereka mendakwa wang dan barangan itu ada kaitan dengan 1MDB.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik nafas lega dengan keputusan tersebut dan menganggap ia sebagai “kebenaran memperolehi kemenangan.”

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau telah beberapa kali menjelaskan sejak tiga tahun lalu bahawa wang tersebut sebenarnya dipindahkan dari peti besi Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada malam kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Kata beliau, wang tersebut kemudian diletakkan di kondominium tesebut sebelum disita pada hari kejadian.

“Kerajaan PH (Pakatan Harapan) tahu ianya dipindah dari PMO ke sana tapi mereka tetap sita sebab nak mainkan propaganda bahawa Najib korup dan curi ratusan juta cash (tunai) dari 1MDB untuk simpan di rumah biarpun kondo tersebut bukan kediaman saya.

NAJIB RAZAK – Sumber: Bernama

“Wang tersebut adalah sumbangan politik bagi kita menghadapi PRU-14 dan ianya diterima dari pelbagai pihak termasuk VVIP amat terkenal,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

Najib berkata, beliau telah menyerahkan nama senarai penyumbang kepada pihak polis dan penyumbang terbabit juga telah mengaku ketika dipanggil memberi keterangan.

Katanya, adalah mustahil BN tidak mempunyai wang tunai untuk berkempen dalam PRU-14 sedangkan semua parti mempunyai dana pilihan raya masing-masing.

“Perbezaan cuma dalam beza saiznya. Kita tanding 222 Parlimen dan 505 kawasan DUN. Jumlah 727. RM114 juta bahagi 727 kawasan adalah sebanyak RM156,000 sahaja bagi setiap kawasan yang ditanding,” katanya.

Mengenai peluang beliau mendapatkan semula dana yang disita tersebut, Najib berkata, walaupun hakim telah mengarahkan ia dipulangkan serta-merta tetapi beliau percaya kerajaan akan berusaha untuk menghalangnya.

“Hakim arahkan dana tersebut dipulangkan serta-merta kepada saya namun peguam saya percaya kerajaan akan fail permohonan kepada mahkamah dalam masa terdekat untuk halang secara sementara,” katanya.

Selain kes dana, Najib juga sedang menunggu keputusan satu lagi kes melibatkan barang kemas dan beg tangan yang disita bersama-sama wang tunai tersebut.

Katanya, sehingga kini pendakwa raya juga gagal membuktikan barangan tersebut adalah dari 1MDB atau hasil jenayah.

“Malah, pihak polis sendiri mengaku dalam affidavit sendiri bahawa kebanyakannya adalah hadiah peribadi yang dikumpul sejak puluhan tahun dahulu kepada ahli-ahli keluarga saya.

“Kita tunggu keputusan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan