32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Najib tidak doakan musibah kepada mereka yang menganiayanya

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak akan sesekali mendoakan musibah terhadap mereka yang menganiaya dan memfitnahnya kerana itu bukan yang diajar dalam Islam.

Menerusi nukilan doa yang dititipkan dalam Facebooknya malam tadi, bekas Perdana Menteri itu sebaliknya akan terus sabar dan tabah menghadapi dugaan yang menimpa.

Selepas berhadapan dengan berpuluh-puluh tuduhan di mahkamah, Ahli Parlimen Pekan itu kini berhadapan dengan kemuflisan selepas mendapat notis kebangkrapan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Berikut doa Najib yang ditulis beliau dan mendapat lebih 4,000 komen daripada pengikut Facebook beliau setakat ini.

Api, mereka cuba padamkannya
Walau apa cara sekali pun
Suara, mereka cuba senyapkannya
Walau apa cara sekali pun
Nama, mereka cuba pijak hingga lunyai
Walau apa cara sekali pun
Semangat, mereka cuba patahkannya
Walau apa cara sekali pun
Sejarah, mereka cuba kabur busuk-busukkannya
Walau apa cara sekali pun
Akhirnya, yang tinggal hanya mereka dan mereka
Fakta, tidak dapat mereka balas
Urus tadbir, tidak dapat mereka tandingi
Rakyat, tidak dapat mereka sayangi
Apa pun caranya
Mereka mahukan Najib Razak lenyap
Mereka mahukan Najib Razak diam
Mereka mahukan Najib Razak pergi
Di mata, di hati, di ingatan
Ya
Salah Najib kerana bersuara
Salah Najib kerana berjuang
Salah Najib kerana tak duduk diam-diam
Salah Najib, salah
Akhirnya, yang tinggal hanya mereka dan mereka
Itu pengakhiran yang mereka sekian lama rancang, yang mereka mahukan, yang mereka inginkan, yang mereka raikan
Saya orang Islam
Islam mengajar kita
Ketika kita dizalimi, jangan doakan musibah buat penganiaya, pemfitnah
Kita hanya kekal dengan diri kita, ajaran kita
Bersabar dan tabah
Berdoa mohon yang terbaik untuk kita dan mereka yang kita sayangi
Ya Allah, Ya Tuhanku
Aku memohon kepada Mu Ya Allah…
Permudahkanlah segala urusanku…
Aku sedar, aku hanya hamba Mu…
Hamba Mu ini berserah kepada Mu Ya Allah
Lindungilah hambaMu yang lemah, yang kerdil ini…
Ya Allah, selamatkanlah negara ini
Berkatilah rakyat agar sentiasa sihat sejahtera, kebajikan terus terbela, dan masa depan yang terjamin
Amin Ya Rabbil Alamin…
Hanya Allah Mengetahui
Apa yang saya lalui.

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan