24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kenderaan perdagangan dibenar berada atas jalan pada hari raya

Mesti Baca

CYBERJAYA – Jika sebelum ini kenderaan perdagangan tidak dibenarkan berada di atas jalan raya setiap kali musim perayaan sebagai langkah keselamatan, namun kali ini lain pula ceritanya.

Kementerian Pengangkutan telah membenarkan kenderaan jenis tersebut beroperasi pada perayaan Aidilfitri berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula esok sehingga 7 Jun ini.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, larangan merentas negeri dan daerah yang dikenakan pada tarikh tersebut maka pihaknya tidak akan melaksanakan perintangan larangan tersebut semasa musim perayaan kali ini.

“Larangan sebelum ini bertujuan meningkatkan keselamatan jalan raya dalam kalangan pengguna yang ingin pulang ke kampung serta untuk memastikan kesesakan jalan raya dapat dikurangkan dengan meminimumkan keberadaan kenderan-kenderaan barangan (perdagangan) di atas jalan raya,” kata kenyataan itu hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP itu selepas Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikannya di Putrajaya.

Advertisements

“Dengan jumlah kes harian melebihi 4,000 kes dan 37,396 kes aktif dengan 1,700 kes kematian dilaporkan setakat 10 Mei 2021, Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang ketiga COVID-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional.

“Kewujudan varian baharu dengan kadar jangkitan lebih tinggi, kekangan ke atas kapasiti sistem kesihatan awam semakin meruncing dan kelemahan pematuhan SOP dalam kalangan masyarakat menuntut kerajaan untuk mengambil tindakan lebih drastik bagi mengelak negara terjerumus dalam malapetaka kesihatan lebih parah,” kata Perdana Menteri.

Kementerian Pengangkutan berkata, pengguna jalan raya diingatkan agar mendapatkan maklumat sahih dan terkini daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi laman web atau telegram MKN.

Pemandu kenderaan tersebut juga diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mencegah penularan wabak Covid-19. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan