30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pejabat kerajaan beroperasi penuh ketika PKP – KSN

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pejabat kerajaan kekal beroperasi sepenuhnya sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara yang bermula esok hingga 7 Jun depan bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan tidak terjejas, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau berkata, pengoperasian penuh itu adalah berdasarkan garis panduan yang ditetapkan seperti Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkidmatan Awam bertarikh 12 Januari 2021.

“Ketua Jabatan hendaklah menggunakan hemat dan kebijaksanaan dalam merancang keperluan sumber manusia demi memastikan kehadiran kakitangan ke pejabat dapat diminimumkan melalui sistem penggiliran, serta hendaklah mengeluarkan Arahan Dalaman dengan memperincikan keutamaan mengikut sektor jabatan masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zuki berkata bagi yang tidak perlu hadir bertugas di pejabat, pegawai berkenaan diarahkan untuk Bekerja Dari Rumah mengikut peraturan dan garis panduan yang telah diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020: Dasar Bekerja Dari Rumah.

“Perkhidmatan awam negara akan terus menjadi tunjang utama memastikan jentera pentadbiran kerajaan kekal beroperasi berdasarkan prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi mengekang penularan gelombang ketiga pandemik COVID-19,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan