24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 13, 2024

Jangan marah bila PKP, apa habaq Dr. Faiz, bila pemimpin sindir mufti

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

ASSALAMUALAIKUM, apa habaq semua? Tok Aba dah lama tak menulis kat ruangan ini.

Inshaallah Tok Aba akan mula menulis balik ‘start’ hari ini. Cuma kali ini Tok Aba buat style lain sikit sebab boleh sentuh banyak topik’. Jom baca Celoteh Tok Aba minggu ini.


SOP hampa tak ikut, buat PKP hampa nak mengamuk, pasai apa?

Daerah Tok Aba kat Kedah la ni kena PKP. Memang la rasa rimas tapi nak buat macam mana, Covid-19 dok ‘menggila’. Ni ada orang bagi tau Tok Aba lepas ni Selangor, KL, Pulau Pinang dan Johor pula kena.

Baguih, kalau negeri-negeri tu kena PKP. Sebab ada orang bagi tau Tok Aba ramai tak ikut SOP. Sebenaqnya perangai buruk tu bukan kat negeri-negeri tu saja, boleh kata semua negeri dah tak peduli kat SOP.

Tok Aba pun tengok sendiri macam mana orang bersesak-sesak kat bazar Ramadan, tak jaga SOP langsung, macam itu juga kat kedai makan. La ni bila kerajaan nak buat PKP, hampa tok sah dok mengamuk.

Pak Noor Hisham dok cakap berbuih mulut suruh jaga sop…jaga sop tapi ramai tak peduli, Depa ingat bila kes turun, Covid dah tak dak, la ni kes naik balik, nak salah sapa? Kerajaan? Bila kerajaan nak buat PKP, nak salah sapa? Kerajaan?

Tak dak maknanya hampa boleh salah kerajaan, kita yang salah tak ikut SOP. Toksah dok memekak dalam media sosial tulis macam-macam nak marah kerajaan.

Bila dah buat PKP baru padan muka termasuk puak-puak VVIP atau VIP. Ramai juga puak ni langgaq SOP. Amboi mentang-mentang depa orang terkenal, popular, depa ingat boleh buat sesuka hati.

Patutnya puak-puak ni kena bagi denda paling tinggi sebab depa patut bawa contoh baik bukan contoh pelik tak ikut SOP!


Mufti pun kena sindir dengan pemimpin’ rasa hebat tu’

Tok Aba terbaca komen seorang pemimpin yang ‘kerja’ dia komen saja dalam FB. Apa saja kerajaan buat semua tak betui, dia saja betui. Buat ni salah, buat tu salah, tak ada yang betui.

Dua tiga hari lepas dia sindir Mufti Wilayah Persekutuan, pasal haram rentas negeri. Ni lah masalah pemimpin rasa hebat dan popular, dia tak check betui tak betui statement mufti tu. Apa sebenaqnya mufti cakap. Dia main sindir saja.Sebenaqnya dia nak marah kerajaan. Tapi muftipun dia sindir. Sepatutnya dia ‘checkla’ dulu betui tak ..ni main belasah saja, maklumlah ‘malu apa’ walaupun salah komen. Bila menteri agama buat penjelasan dia diam pulak.

Advertisements

Tok Aba tak heran pemimpin macam ni. Biasalah orang bila dah tak ada kuasa, semua orang buat dia nampak tak betui, sama dengan ‘bos dia’ dulu.

Dulu dia kutuk ‘bekas bos dia’ sebab dah tak dak kuasa pun dok bising..la ni dia pula dapat penyakit tu. Susah orang macam ini.


Awat Faiz Na’aman diam?

FAIZ NA’AMAN

Tok Aba antara orang yang terkejut bila dengaq pendedahan Pak Hamid Bador, kita punya IGP yang nak bersara esok. Memang mengejutkan. Kalau tengah makan mungkin tersembur keluaq balik.

Pak Hamid memang berani, dia cakap terus terang pasai campur tangan menteri dalam pelantikan polis. Dia juga minta SPRM siasat perbuatan lompat parti yang dia kata ada kaitan dengan unsur-unsur rasuah.

Bila Pak Hamid cakap macam tu, apa lagi ni la time puak-puak politik nak ambik kesempatan.

Depa desak supaya siasat dakwaan Pak Hamid tu. Tok Aba dok baca satu demi satu ‘statement’ ahli politik tapi ‘rasa tak syok’ sebab ada sorang tu sampai ke hari ini tak cakap apa.

Tok Aba dok tanya mana pi Dr. Muhammad Faiz Na’ aman. Tak kan dok diam saja kot. Kalau betui pejuang ketelusan kebenaran minta la pihak berkuasa siasat. Bila polis atau SPRM siasat tu bukan bermakna orang tu dah salah.

Masa dok ‘serang’ UMNO bukan main lagi, bila main ada kaitan dengan geng sendiri mula buat-buat ‘tak nampak’.

Jadi Tok Aba harap Dr. Faiz komen la sikit, desakla siasatan dibuat. Ni benda serius ‘orang hebat’ macam Dr.Faiz mesti tak suka apa yang Pak Hamid dedah.

Tak baik untuk parti Dr.Faiz. Ni lah masanya untuk bersihkan nama menteri yang disebut Pak Hamid tu

Advertisements

Terkini

1,091 projek naik taraf sekolah daif telah diluluskan – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara...

Lagi Artikel Berkaitan