26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

3,418 kes baru, apakah PKP 3.0 dilaksanakan?

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ketika media melaporkan kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di beberapa negeri dalam tempoh terdekat, kes baharu Covid-19 terus mencatatkan peningkatan.

Jika semalam kes baru ialah 2,881 kes, hari ini jumlah kes meningkat kepada 3,418 kes dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,200 kes, Sarawak pula mencatatkan jumlah kedua tertinggi dengan 587 kes manakala Kelantan di tangga ketiga sengan 400 kes.

Peningkatan kes itu semakin merancakkan lagi spekulasi bahawa kerajaan akan melaksanakan PKP di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

Kuala Lumpur mencatatkan 198 kes, Pulau Pinang (145 kes) dan Johor (213 kes).

Memetik laporan The Star hari ini, satu sumber memberitahu kesemua negeri itu akan dikenakan PKP seperti mana PKP 2.) yang dilaksanakan Pada 11 Januari hingga 26 Januari.

Melalui pelaksanaan PKP itu, aktiviti ekonomi dibenarkan bagaimana sekolah manakala aktiviti sosial dan keagamaan tidak dibenarkan.

Sumber itu berkata, aktiviti ekonomi akan diteruskan memandangkan orang ramai perlu bekerja tetapi mereka yang boleh bekerja di rumah digalakkan berbuat demikian.

‘’Sekolah di negeri yang dikenakan PKP juga kemungkinan akan ditutup kerana pada masa ini terlalu banyak ‘kluster pendidikan.

”Lagipun hanya tinggal lima hari sahaja sebelum sekolah bercuti sempena Aidilftri dan dua minggu lagi adalan pembelajaran secara online seperti mana diumumkan Kementerian Pelajaran,’’ kata sumber tersebut.

Mengenai aktiviti sosial dan keagamaan, sumber itu berkata, ia tidak dibenarkan atau dibenarkan dengan jumlah kehadiran yang terhad.

‘’Kita mungkin akan menyambut Aidilfitri sama seperti mana tahun lalu yang mana hanya ahli keliuarga di rumah yang sama sahaja dibenarkan manakala rumah terbuka tidak dibenarkan. Rentas negeri untuk balik kampung tidak benarkan,’’ katanya.

Setakat ini belum ada pengumuman daripada kerajaan berhubung pelaksanaan PKP 3.

Bagaimanapun sumber memberitahu Edisi9, sama ada PKP 3.0 akan dilaksanakan atau tidak, ia akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara esok.

”Kalaupun nak dilaksanakan mungkin 48 jam selepas itu, apapun tunggu pengumuman rasmi,” kata sumber tersebut.

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan