32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Anak kapal warga asing dilarang turun semasa berlabuh

Mesti Baca


CYBERJAYA – Anak kapal warga asing yang memasuki pelabuhan negara tidak dibenarkan keluar atau turun dari mana-mana kapal yang berlabuh, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, kementeriannya dalam mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 26 April lalu telah memutuskan larangan tersebut untuk sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pengecualian hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan mereka juga diwajibkan kuarantin selama 14 hari di pusat-pusat kuarantin yang ditentukan oleh kerajaan mengikut SOP ketat yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MKN bagi mencegah penularan pandemik COVID-19 di pelabuhan-pelabuhan seluruh negara.

Kapal yang didapati atau disyaki membawa gejala COVID-19 perlu menjalani kuarantin 14 hari setelah semakan ke atas dokumentasi/pemeriksaan Maritime Declaration of Health oleh pihak KKM.

Advertisements

“Mana-mana kapal termasuk dari negara India tidak perlu dikuarantin di laut selagi mereka mendapat kebenaran daripada KKM untuk berlabuh.

“Semua pekerja di dermaga perlu menggunakan peralatan pelindung diri (PPE) yang diluluskan oleh KKM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pekerja di pelabuhan yang tidak bekerja di dermaga juga adalah tidak dibenarkan memasuki kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan Malaysia tanpa kelulusan KKM, katanya lagi.

MOT, jelasnya, akan terus memastikan segala SOP pencegahan COVID-19 yang ditetapkan oleh MKN dan KKM dipatuhi tanpa kompromi serta mengetatkan lagi SOP dari semasa ke semasa sekiranya ada keperluan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pau Marti bakal ucap ‘adios’ kepada skuad Harimau Malaya

PIALA Mitsubishi Electric ASEAN 2024 yang akan bermula Ahad ini bakal menjadi tugasan terakhir Pau Marti Vicente sebagai Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan