29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Ini fitnah untuk pecah perpaduan UMNO – Noraini

Mesti Baca


CYBERJAYA – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad menegaskan, tiada sebarang arahan daripada Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang meminta supaya pimpinan UMNO untuk turut menjemput wakil DAP dalam setiap program anjuran parti tersebut.

Sehubungan itu beliau menyifatkan tangkap layar perbualan ahli Majlis Tertinggi (MT) dalam kumpulan WhatsApp yang tular sebagai fitnah yang bertujuan memecahkan perpaduan dalam UMNO.

“Ini semua fitnah. Saya tidak mengetahui kewujudan WhatsApp group tersebut. Jika betul ada, ia bukan WhatsApp group rasmi MT UMNO. Mungkin sengaja dibuat untuk fitnah parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini tular kononnya wujud perbualan WhatsApp yang didakwa daripada kumpulan MT UMNO.

Perbualan itu merujuk kepada langkah Noraini menjemput Ahli Parlimen Bangi daripada DAP, Ong Kian Ming dalam satu program lawatannya pada Rabu lalu.

Mengulas lanjut, Noraini menjelaskan beliau bertembung dengan Kian Ming ketika mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di mana ahli Parlimen DAP itu turut berada di situ.

“Saya ke PPV di UKM untuk berjumpa dengan sukarelawan MyVac yang tidak pulang ke kampung halaman untuk sambut Aidilfitri. Di situ saya terserempak dengan Ong.

“Sebelum beredar, Ong tanya hendak ke mana dan saya jawab hendak pergi ziarah pelajar UKM yang sakit dekat Sungai Merab. Kemudian dia kata hendak ikut sebab itu bawah Parlimen dia. Itu sahaja. Sebab itu saya kata arahan kononnya daripada presiden UMNO itu fitnah,” tegasnya.

Rabu lalu, Noraini bersama dengan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Hussaini Omar telah menziarah Azura Omar, seorang pelajar PhD di UKM yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.

Turut bersama dalam lawatan tersebut Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan