Monday, July 20, 2026

Saifuddin Abdullah sah positif jangkitan COVID-19

Mesti Baca

CYBERJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah telah disahkan positif COVID-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan pada malam tadi.

Pejabat Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam kenyataan media hari ini berkata, sehubungan itu, Saifuddin Abdullah akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapi oleh Kementerian Kesihatan.

Menurut kenyataan itu, pada masa ini, beliau sedang menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu kemasukan ke wad di hospital.

“Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin, Saifuddin akan terus memantau dan memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar.

“Saifuddin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat daripada situasi ini,” jelas kenyataan tersebut. – EDISI 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan