32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Firna Azura Ekaputri dilantik Pengarah Eksekutif IPC

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Pegawai Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Firna Azura Ekaputri Marzuki dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Komuniti Lada Antarabangsa (IPC) yang beribu pejabat di Jakarta, Indonesia.

KPPK dalam kenyataan media hari ini berkata, lantikan itu berkuat kuasa selama tiga tahun mulai 5 Mei ini.

Lantikan Firna Azura secara pinjaman adalah bagi mewakili negara ini berikutan keputusan semua ketua perwakilan negara anggota IPC yang bersetuju Malaysia mengambil alih giliran selepas Vietnam.

“Beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) pada tahun 2008 sebelum menjawat jawatan Ketua Penolong Setiausaha di KPPK.

“Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pemasaran) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan Korporat dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),” jelas KPPK.

Sementara itu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengucapkan syabas dan tahniah kepada Firna Azura Ekaputri.

“Saya berharap beliau dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi serta amanah demi negara khususnya, bersama negara-negara pengeluar lada di seluruh dunia untuk memajukan sektor komoditi berkenaan,” jelasnya.

IPC telah ditubuhkan pada tahun 1972 di bawah naungan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP) dan merupakan sebuah organisasi antara kerajaan dalam kalangan negara-negara pengeluar lada dunia.

IPC yang berpusat di Jakarta, Indonesia diterajui oleh Pengarah Eksekutif dengan dianggotai lima negara iaitu India, Indonesia, Malaysia, Sri Lanka dan Vietnam manakala Papua New Guinea dan Filipina merupakan ahli-ahli bersekutu.

Pelantikan wakil dari Malaysia sebagai Pengarah Eksekutif IPC diharap dapat memberi manfaat dalam memperkasakan industri lada negara selain memperkukuhkan hubungan kepakaran dan penyelidikan yang terjalin sejak tahun 1972.

Selain itu, ia juga demi memastikan kepentingan industri lada negara terus terpelihara bersama dengan negara-negara anggota IPC yang lain. – EDISI 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan