25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Perkasa pendidikan digital, pertingkat capaian internet

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan perlu memperkasa pendidikan secara digital atau e-pembelajaran sebagai strategi berkesan untuk mengadaptasi pembelajaran norma baharu.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsuddin berkata, ini kerana konsep pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang telah dilaksanakan sebelum ini mendapat reaksi baik daripada guru, ibu bapa dan pelajar sendiri.

Pada masa yang sama, beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, capaian internet juga perlu dipertingkat terutama di kawasan luar bandar di samping isu alat komunikasi yang sesuai.

“Kementerian Pendidikan perlu memiliki pelan jangka pendek dan jangka panjang serta strategi yang berkesan bagaimana cara untuk mengadaptasi sesi pembelajaran norma baharu serta kaedah pentaksiran yang sesuai dengan keperluan murid bagi membangunkan akademik pada masa yang sama sahsiah mereka di zaman mencabar ini,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau mengulas pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai tahun ini serta pembatalan Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2021 seperti diumumkan Menteri Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin kelmarin.

Advertisements

UPSR mula dilaksanakan tahun 1988 di bawah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bagi menggantikan Penilaian Darjah 5.

Mengenai keputusan tersebut, Mas Ermieyati berkata, langkah Kementerian Pendidikan itu amat bertepatan dan sesuai dengan generasi anak-anak pada hari ini.

“Zaman persekolahan seharusnya menjadi zaman yang menyeronokkan kanak-kanak bukannya dibebankan dengan sebuah peperiksaan awam seawal umur 12 tahun.

“Apa lagi dengan sikap sesetengah ibu bapa yang mula berlumba-lumba menghantar anak ke kelas-kelas tuisyen seawal darjah 3 demi untuk menyiapkan anak-anak dengan peperiksaan di peringkat sekolah rendah,” katanya.

Katanya, hal itu belum ditambah perlumbaan antara guru-guru besar untuk mencipta peratusan cemerlang bagi sekolah masing-masing demi sebuah nama dan kegemilangan pentadbiran sekolah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan