25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Najib saran KKM nilai semula risiko bagi sektor pendidikan

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

Purata 31% kluster baharu amat membimbangkan

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) disaran membuat penilaian semula risiko penularan wabak Covid-19 bagi sektor pendidikan memandangkan peningkatan kluster baharu sektor tersebut begitu tinggi.

Saranan itu disuarakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang begitu risau dengan peratusan kluster baharu dari sektor pendidikan yang mencapai lebih 30 peratus setiap hari sejak dua minggu lalu.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, antara langkah yang boleh diambil ialah menambah baik apa yang perlu termasuk kemungkinan menukar prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor berkenaan.

“Tak ada siapa dalam kerajaan yang risau bahawa hampir satu pertiga kluster baru setiap hari melibatkan sekolah ke?

“Bagi saya, risiko kluster pendidikan merebak ke masyarakat adalah lebih tinggi berbanding sektor-sektor kilang dan pembinaan di mana kebanyakan mereka yang berjangkit mungkin pekerja yang tinggal bersama,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Dalam tempoh dua minggu lepas iaitu pada 16 April hingga 29 April, KKM mengumumkan sebanyak139 kluster baharu muncul yang mana 43 kluster atau 31 peratus melibatkan sektor pendidikan.

Najib berkata, langkah lain yang perlu dilakukan ialah mengurangkan jumlah hari persekolahan serta mewajibkan murid-murid disaring setiap dua minggu seperti dibuat di beberapa negara.

Advertisements

Katanya, sekolah-sekolah juga perlu ditutup dan beralih semula ke pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) selagi bilangan kluster baharu pendidikan masih tinggi.

“Kerumitan utama ialah secara umum murid-murid dan remaja kurang terkesan akibat Covid.

“Walaupun positif, kebanyakan mereka tidak ada gejala dan sukar dikesan telah berjangkit pada ketika mereka masih boleh menjangkit orang lain,” katanya.

Ertinya, kata Najib, murid-murid sendiri tidak menyedari mereka positif Covid-19 tetapi mereka akan menjangkiti kawan-kawan, guru-guru dan orang dewasa di rumah dan seterusnya merebak ke dalam komuniti.

Katanya, apabila wabak itu semakin menular ke dalam masyarakat umum maka ia akan menambah kesukaran bagi KKM untuk membendungnya.

Orang dewasa serta guru-guru yang dijangkit pula, tambah beliau, akan lebih terkesan dan kemungkinan jatuh sakit kerana risiko kesihatan pada golongan ini yang dijangkit adalah lebih tinggi berbanding murid-murid sendiri.

“Apapun keputusan, jika purata 31 peratus daripada kluster baharu yang dikesan setiap hari melibatkan sekolah maka ini adalah satu masalah serta risiko besar dan tidak patut dipandang ringan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan