32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 2, 2022

MMU bantu naik taraf pusat sumber 3 sekolah

Mesti Baca

MELAKA – Pembelajaran para pelajar di tiga buah sekolah menengah dalam situasi norma baharu kini menjadi lebih efektif apabila pusat sumber sekolah mereka dinaik taraf dengan ciri-ciri terkini yang seiring dengan era digital menerusi inisiatif Universiti Multimedia (MMU).

Usaha menaik taraf pusat sumber itu dilaksanakan berikutan sekolah-sekolah terbabit memeterai perjanjian persefahaman dengan MMU di sini, baru-baru ini.

Sekolah terlibat ialah Sekolah Menengah (SM) Sains Muar Johor, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum Merlimau dan SM Sains Muzaffar Syah Melaka.

Presiden MMU, Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd. Su’ud berkata, MMU berasa terpanggil untuk berkongsi kepakaran bagi memperkasakan pusat-pusat sumber supaya pelajar-pelajar boleh mendapatkan bahan pelajaran dengan lebih baik.

“Melalui kerjasama ini, kita boleh menambah bahan-bahan dalam pusat sumber sekolah seperti kandungan digital yang boleh diakses oleh para pelajar pada bila-bila masa secara dalam talian.

“Bahan-bahan yang dimiliki oleh sekolah juga boleh dinaik taraf ke dalam bentuk digital untuk rujukan pelajar atau digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran,” katanya pada majlis Menandatangani MoU, di sini baru-baru ini.

Selain itu, perjanjian berkenaan membolehkan MMU melaksanakan beberapa inisiatif seperti membangunkan pangkalan data dalaman (in-house repository), menyediakan bahan ilmiah tambahan dan menaik taraf sistem perpustakaan bersepadu menggunakan perisian sumber terbuka.

Baca juga:   Melaka Sentral dibangun semula dengan kos RM3.5 bilion

MMU juga akan menaik taraf blog pusat sumber sekolah, melatih kemahiran pengurusan perpustakaan, mewujudkan sudut maklumat dan perkongsian pintar berkaitan kerjaya masa hadapan yang dikenali sebagai eBee Pod dan memberi khidmat sokongan jika diperlukan.

Baca juga:   SOP dinamik ikut situasi bukan dibuat sewenang-wenang - PM

Sementara itu, Pengetua SM Sains Muzaffar Syah, Che Romas Noor berkata, pihaknya berterima kasih kepada MMU kerana melaksanakan program itu yang memberi manfaat kepada 700 pelajar sekolah berkenaan.

MMU
CHE ROMAS NOOR

“Langkah MMU menyediakan bahan ilmiah tambahan iaitu bahan bercetak dan bahan dalam talian sangat bertepatan dan dijangka mampu meningkatkan lagi penarafan bintang pusat sumber dalam sistem Smart School Qualification Standard (SSQS).”

“Cadangan MMU membangunkan blog bagi pusat sumber sekolah, memberi latihan dan perundingan dalam kemahiran pengurusan perpustakaan, akan menjadikan pengawas pusat sumber lebih kreatif dalam membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara,” tambahnya.

Pengetua SM Sains Muar, Razali Sudin pula berkata, kepakaran yang dikongsi MMU membolehkan pengurusan pusat sumber dijalankan dengan lebih berkesan khususnya dalam menyediakan perkhidmatan sokongan, pencarian maklumat, pengurusan pangkalan data dalaman dan menyimpan koleksi bahan ilmiah sekolah untuk diakses oleh para murid dan guru.

MMU
RAZALI SUDIN

“Kerjasama antara MMU dan sekolah ini adalah sejajar dengan apa yang terkandung dalam anjakan ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 yang menggalakkan pihak luar sama-sama bekerjasama dalam pembangunan sekolah,” jelasnya.

Pengetua SMK Dang Anum Merlimau, Hassan Yahya memberitahu, MoU yang bersejarah itu akan melestarikan sebuah pusat sumber yang berkualiti dan terkini serta sejajar dengan norma baharu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Melaka
HASSAN YAHYA

“Sejajar dengan hasrat mensasarkan pusat sumber sekolah ke arah pusat sumber abad ke-21 yang lebih ceria, kreatif, interaktif dan berteknologi, warga sekolah telah bersetuju untuk penjenamaan semula pusat sumber di sekolah kami sebagai ‘Pusat Sumber MMU’ sebagai simbolik kepada usahasama kita,” katanya. – EDISI 9

Baca juga:   Ugut sebar gambar aib, bekas suami Zarina Anjoulie ditahan
Baca juga:   5 murid sekolah rendah di Kedah positif Covid-19

Terkini

Tidak wujud dua kem dalam UMNO – Ismail Sabri

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan wujudnya ‘dua kem’ dalam UMNO ketika ini seperti yang didakwa sesetengah...

Lagi Artikel Berkaitan