26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Cucu bekas MB Terengganu jadi penghantar makanan

Mesti Baca

KEMAMAN – Tiada siapa menduga kelibat seorang gadis mengayuh basikal sambil menggalas beg Food Panda di sekeliling bandar Chukai di sini rupa-rupanya cucu kepada bekas Menteri Besar Terengganu.

Gadis tersebut yang dihanya dikenali Nabihah Hannah dikatakan bekerja selama empat jam sehari menghantar makanan dan minuman yang ditempah menerusi aplikasi tersebut.

Dia tidak kekok untuk mengayuh basikal di tengah panas pada bulan Ramadan walaupun datuknya, Allahyarham Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad merupakan bekas Menteri Besar.

Menurut bapanya, Wan Hakim Wan Mokhtar yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih di sini, beliau tidak menyuruh dan tidak pula melarang anaknya itu bekerja sebagai penghantar makanan.

Malah beliau bangga dengan anaknya itu yang sanggup mengayuh basikal sejauh 20 kilometer sehari dan meraih pendapatan sebanyak RM500 sejak sebelum Ramadan lagi.

“Hannah ini anak saya. Kerja ini adalah initiatif dia. Saya tak suruh dan tak larang. Saya akan sentiasa sokong usaha baik yang dibuat oleh anak-anak. Pada yang di luar sana, bumi bertuah ini penuh dengan peluang pada mereka yang rajin,” katanya yang berkongsi kisah anaknya itu menerusi Facebook, semalam.

Beliau berkata, Nabihah memaklumkan tujuan dia bekerja adalah “untuk simpanan dan pelaburan masa depan.”

Advertisements
Allahyarham Wan Mokhtar Ahmad

Dalam hantarannya itu, Wan Hakim turut membidas kenyataan seorang pemimpin negara yang menuduh orang Melayu sebagai pemalas.

“Atok M, anak melayu tak malas. Malas itu tidak unik pada bangsa, agama atau warna kulit,” katanya yang dipercayai ditujukan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga menasihati anak-anak muda agar tidak terlalu mengharapkan bantuan dan pertolongan orang lain semata-mata dalam meneruskan kehidupan.

“Berhentilah mengharapkan bantuan dan pertolongan orang semata-mata, jika badan masih sihat dan bertenaga. Rezeki Allah di mana-mana saja,” katanya.

Untuk rekod, Wan Mokhtar antara Menteri Besar paling lama memegang jawatan itu iaitu selama lima penggal mulai tahun 1974 sehingga 1999.

Pada tahun 2000, Allahyarham dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi sehingga tahun 2005. Allahyarham meninggal dunia pada 21 September tahun lalu dalam usia 88 tahun. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan