25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Biadab hina Permaisuri Agong, Fahmi Reza ditahan polis

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kartunis murahan, Fahmi Reza Mohd Zarin telah ditahan polis semalam di Kuala Lumpur untuk disiasat atas tuduhan menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima laporan terhadap Fahmi Reza yang didapati melakukan perbuatan tersebut melalui hantaran Facebook.

Menurut beliau, hantaran berkenaan mengandungi sekeping gambar Raja Permaisuri Agong serta kenyataan berbunyi ‘This Is Dengki Ke? 100 dengki songs, all in one playlist’.

“Suspek turut memuat naik satu link Spotify yang menyenaraikan lagu-lagu yang mengandungi perkataan ‘jealousy’ berserta gambar Raja Permaisuri Agong yang tertera perkataan ‘This Is Dengki Ke?’,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Huzir menambah, suspek akan dibawa ke hadapan majistret pada 24 April 2021 untuk tujuan permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut.

Beliau memberitahu, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“PDRM menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform berkenaan sehingga boleh mendatangkan kegusaran dan mengganggu-gugat keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mencetuskan suasana tidak harmoni serta mengganggu-gugat ketenteraman awam,” tegasnya.

Semakan di Facebook mendapati Fahmi Reza memuat naik hantaran yang menghina Raja Permaisuri Agong pada 21 April lalu.

Dia juga dengan angkuh menyatakan dalam hantaran pada 22 April tidak akan memadamkan senarai lagu ‘This Is Dengki Ke?’ dalam Spotify.

Pada 22 April lalu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas berhubung hantaran Fahmi Reza itu.

“Saya sebenarnya sudah lama memantau individu ini yang nampaknya semakin kurang ajar dengan berselindung di sebalik karya seni.

“Kali ini saya harap beliau boleh diberikan pengajaran yang setimpal,” katanya. – EDISI 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan