31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Asing sukan ikut kaum: Sekolah mohon maaf, terlepas pandang

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sebuah sekolah di Batu Pahat yang sebelum ini meletakkan syarat kaum bagi pendaftaran kokurikulum pelajar Tingkatan Satu telah tampil meminta maaf.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Bentara Luar mengakui terlepas pandang akan isu perkauman dalam maklumat yang diedarkan kepada semua pelajar Tingkatan Satu berhubung pendaftaran dan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum tersebut.

“Kami tidak berniat langsung untuk mencetuskan perkara tersebut. Pihak sekolah tetap menjunjung dan akur dalam melaksanakan semua dasar dan arahan daripada kerajaan.

“Sekali lagi kami mohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang berlaku,” katanya seperti dilapor FMT, semalam.

Tambahnya, pihak sekolah akan menarik balik dan membatalkan kemudahan pendaftaran secara dalam talian menggunakan Google Forms yang telah dimuat naik pada 15 April lalu bagi tujuan proses penambahbaikan.

“Pendaftaran semula akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat dengan mengedarkan borang pendaftaran sukan dan permainan kepada semua murid.

Advertisements

“Murid boleh memilih sukan dan permainan yang mereka minati (namun masih tertakluk kepada bilangan penyertaan ahli kelab sukan dan permainan yang disusun atur oleh pihak sekolah supaya penglibatan murid dalam semua kelab sukan permainan seimbang dari segi bilangan, ras dan jantina),” katanya.

Semalam, tular di media sosial satu surat dikeluarkan sebuah sekolah menengah di Batu Pahat yang meletakkan syarat kaum bagi pendaftaran kokurikulum pelajar Tingkatan Satu.

Berdasarkan kandungan surat itu, seorang pelajar hanya dibenarkan memilih satu jenis sukan daripada 12 jenis sukan yang ditawarkan, malah syarat kaum diletakkan bagi sukan yang perlu dipilih pelajar ketika mendaftar dalam talian.

Misalnya, sukan bola sepak untuk pelajar lelaki Melayu sahaja, bola keranjang untuk pelajar lelaki dan perempuan Cina sahaja, manakala sukan sepak takraw bagi pelajar lelaki Melayu sahaja.

Tindakan sekolah itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk Menteri Pendidikan, Radzi Mohd Jidin yang mengarahkan supaya tindakan diambil kerana ia bertentangan dengan matlamat dan asas pelaksanaan program sukan di peringkat sekolah.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan