32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Wan Kuzain ikat kontrak bersama Rio Grande Valley FC

Mesti Baca

PEMAIN berdarah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal bakal beraksi dalam kejuaraan United Soccer League (USL) bagi musim ini bersama kelab baharunya, Rio Grande Valley (RGV) FC Toros.

Kelab itu dalam satu kenyataan menerusi laman webnya berkata, Wan Kuzain merupakan pemain muda yang berbakat dan mempunyai pengalaman beraksi dalam Major League Soccer (MLS).

“Kami gembira dapat membawa Wan Kuzin ke kelab kami kerana dia adalah pemain yang sangat berbakat yang mempunyai pengalaman tidak hanya di USL tetapi juga di MLS dengan Sporting Kansas City (SKC),” kata Wilmer Cabrera, Ketua Jurulatih dan Pengarah Sporting Toros.

“Walaupun masih muda, kami percaya dia dapat menjadi tonggak yang baik bagi pasukan kami untuk membangun gaya permainan yang bagus dan kami yakin dia dapat menjadi pemain yang mempengaruhi permainan dengan cara yang luar biasa untuk Toros.”

Advertisements

Musim lalu, Wan Kuzain yang juga adik kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Fayhsal hanya turun beraksi dalam satu perlawanan secara pinjaman bersama Sporting Kansas City II (SKC II).

Pada musium 2019, pemain berusia 22 tahun itu membuat 22 kali penampilan bersama SKC II dan menjaringkan satu gol serta membuat dua kali bantuan.

Pemain yang dilahirkan di Illinois, Amerika Syarikat itu pernah dipanggil menjalani sesi pemilihan skuad kebangsaan bawah 22 tahun bagi Sukan SEA di Manila pada 2019, namun tidak dipilih.

Wan Kuzain memulakan karier profesionalnya pada tahun 2017 dengan SKC II di mana dia beraksi dalam 12 perlawanan musim biasa, termasuk final Kejuaraan USL 2017.

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan