32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Usaha terancang burukkan PM – Wan Saiful

Mesti Baca


CYBERJAYA – Bersatu menyifatkan laporan polis yang mendakwa menerima komisen RM500 juta kerana membantu Putrajaya mencapai penyelesaian dengan Goldman Sachs berkait skandal kewangan 1MDB sebagai strategi memfitnah dan usaha tersusun untuk mencemar imej baik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangannya, Wan Saiful Wan Jan berkata, hakikatnya Muhyiddin telah membuktikan bahawa beliau seorang Perdana Menteri yang dihormati kerana beliau tegas memberi tumpuan kepada menjaga kebajikan rakyat.

“Tetapi saingan politik beliau sedang cuba merosakkan imej ini dengan tohmahan yang bertubi-tubi kerana mereka tahu mereka tidak mempunyai calon Perdana Menteri yang lain,” katanya dalam satu kenyataan seperti dilapor Malaysiakini.

Sehubungan itu beliau menegaskan, strategi “pembunuhan watak” ini adalah strategi lama yang tidak akan berjaya, tambah Wan Saiful lagi.

Kenyataan Wan Saiful itu dipercayai merujuk tindakan seorang ADUN pembangkang membuat laporan polis mendesak penyiasatan terhadap dakwaan berjuta-juta telah dibayar kepada sebuah parti politik melalui seorang peguam berprofil tinggi.

Wan Saiful berkata, beliau tertanya-tanya sekiranya “wujud strategi gelap” bersama antara kumpulan penaja parti Pejuang dan DAP untuk menyerang Bersatu.

“Saya adalah ahli Biro Politik Bersatu dan juga ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan Bersatu. Saya tahu semua ini tidak berlaku. Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah ini. Tidak ada agen yang dilantik. Tidak ada komisen diterima. Ini bukan budaya kami dalam Bersatu.

“Parti ini ditubuhkan untuk memperjuangkan integriti dan tadbir urus yang telus. Komitmen kami ialah memastikan kes 1MDB diselesaikan segera, semua yang bersalah menerima keadilan, dan dana negara yang dirompak dikembalikan untuk manfaat rakyat,” katanya lagi.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan