24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Jangan menumpang kepada yang bawa rebah – Puteri UMNO

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.
Puteri UMNO

KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri UMNO menggesa pucuk pimpinan parti untuk mempertimbangkan tindakan memutuskan hubungan dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan segera.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, setakat ini, tidak diketahui bila Parlimen akan dibubar.

Menurut beliau, tidak mustahil keadaan sebegitu akan diheret sehingga 2023.

“Lebih banyak kerosakkan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dan kita terpaksa pikul beban bersama.

“Kesian menteri-menteri kita, mereka terpaksa menjawab banyak keputusan-keputusan yang tidak popular dan mengarut oleh kepimpinan kerajaan,” katanya.

Zahida berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar dalam Perhimpunan Agung Puteri UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua pemimpin dah ahli UMNO agar tidak memandang remeh terhadap sentimen lebih-lebih lagi apabila parti dikaitkan dengan PN yang semakin tidak popular.

“Kaji selidik Sinar Harian bersama Sin Chew Daily mendapati 61 peratus sangat tidak puas hati dengan prestasi kerajaan PN.

“Kajian Emir Research dan Utusan Malaysia, majoriti responden menyatakan kerajaan ini semakin tidak popular,” jelasnya.

Advertisements

Zahida menambah, nama-nama parti yang menjadi tunggak pemerintahan dan pemimpin-pemimpin kerajaan sekarang semakin tak popular.

“Menumpang biarlah pada yang kuat, jangan menumpang kepada yang membawa rebah,” ujarnya.

Beliau menegaskan, Puteri UMNO juga tidak mahu ada pemimpin parti yang berterusan bekerjasama dengan Kluster Pengkhianat.

“Apatah lagi menjadi ‘Gembala Politik’ mengusung orang kita ke sana ke mari memberi makan dan minum bertujuan menggemukkannya dan akhirnya untuk disembelih menjadi makanan kepada tuan besar mereka dari ‘Kluster Pengkhianat’ itu,” katanya.

Zahid berkata, ahli-ahli UMNO berhak mengingatkan Ahli-ahli Parlimen yang masih tinggal bersama UMNO bahawa mereka menang kerana parti.

Sehubungan itu, ahli-ahlu UMNO mesti menuntut mereka untuk terus mainkan peranan, bertanya kepada kerajaan PN tentang tanggungjawab mereka sebagai kerajaan.

“Apakah hanya dengan slogan kerajaan Melayu kita benarkan kerajaan ini menjadi kerajaan separuh masak?

“Kena tanya mereka apakah kerajaan Melayu PN ini lebih baik dari kerajaan Melayu BN dahulu? Kalau kerajaan PH pernah diibaratkan sebagai kerajaan ‘cap ayam’, apakah kerajaan ini bukan ‘cap ayam’?” soalnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan