23.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 7, 2021

3M labur AS$1 bilion capai sasaran neutral karbon

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

ST. PAUL, MINNESOTA – 3M mengumumkan bahawa syarikat itu bakal melabur kira-kira AS$1 bilion dalam tempoh 20 tahun akan datang bagi meningkatkan sasaran alam sekitar yang baharu iaitu mencapai keneutralan karbon menjelang 2050.

Selain itu, syarikat itu menyasarkan untuk mengurangkan penggunaan air sehingga 25 peratus di semua kemudahannya, dan mengembalikan air berkualiti tinggi kepada alam sekitar selepas digunakan dalam operasi pembuatannya.

“Dalam usaha mengembangkan 3M, kami akan menerajui dalam pengawasan alam sekitar, kesaksamaan dan keadilan sosial, dan tadbir urus korporat,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif 3M, Mike Roman.

“Kami mengambil tindakan sekarang untuk melenturkan lengkuk pelepasan karbon dan penggunaan air, dan menambah baik kualiti air.

“Pelaburan kami akan menjadikan kami lebih efektif dan cekap, dan memacu pertumbuhan.

“Pengumuman hari ini sekali lagi menunjukkan bagaimana 3M mengaplikasi sains dan meningkatkan kehidupan untuk membantu membentuk dunia melalui udara yang lebih bersih, kualiti air yang lebih baik, dan kurang sisa buangan.”

MIKE ROMAN. Gambar: Laman sesawang 3M

Pelaburan jangka panjang syarikat itu akan membantu memajukan program pengurangan sisa buangan dan kawalan pencemaran, mengurangkan penggunaan air, serta memperoleh dan menggunakan teknologi terbaik yang ada.

Pelaburan ini akan mempercepatkan lagi usaha penambahbaikan berterusan 3M dalam operasi pembuatannya dan kemampuan untuk mencapai sasaran alam sekitarnya.

“Adalah membanggakan apabila dapat melihat 3M menghasilkan sasaran yang jelas dan bertumpu kepada iklim dan air,” kata Peter Bakker, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan Dunia untuk Pembangunan Mapan.

“Pendekatan berasaskan sains terhadap inovasi dalam portfolio 3M tidak hanya menambah baik jejak syarikat itu sendiri, tetapi juga meletakkannya dalam kedudukan unik untuk mendapat faedah daripada transformasi global ke arah dunia sifar-bersih.”

Dengan mengaplikasikan kepakaran sains dan teknologi, 3M menjangka dapat terus mengurangkan pelepasan karbon dan mensasarkan pengurangan sebanyak 50 peratus menjelang 2030, dan seterusnya pengurangan 80 peratus menjelang 2040, dan 100 peratus peneutralan karbon dalam operasinya menjelang 2050.

3M akan terus bekerjasama dengan pelanggan, kerajaan dan rakan global untuk mengurangkan pelepasan melebihi operasi 3M melalui ciptaan berterusan dan pengenalan kepada produk dan penyelesaian inovatif.

“Komitmen peneutralan karbon 3M yang baru dibina berdasarkan jaminan kepada elektrik boleh diperbaharui sebagai ahli kepada RE100,” kata Amy Davidsen, Pengarah Eksekutif, North America at The Climate Group.

“3M secara konsisten melepasi sasaran interim di sepanjang perjalanan tenaga boleh diperbaharui, dan pendekatan berasaskan sains telah membolehkan mereka menetapkan sasaran kelestarian yang lebih tinggi.

“3M terus menunjukkan kepimpinan yang sebenar dan sepatutnya menjadi inspirasi kepada lebih banyak syarikat untuk bertindak.”

Mulai tahun ini, sebagai sebahagian daripada kajian semula ke atas kemudahan pembuatannya, 3M juga akan berusaha memastikan semua operasinya menjadi yang terbaik dalam kumpulannya, bagi meminimumkan pelepasan yang dihasilkan ketika operasi pembuatan.

“Kami membawakan inovasi untuk menghadapi perubahan iklim yang sedang kita alami, agar kami dapat melenturkan lengkuk pelepasan karbon dan penggunaan air dengan lebih cepat,” kata Roman.

“Sejak tahun 2000, di samping terus mengembangkan syarikat, kami turut mengurangkan pelepasan gas rumah hijau secara signifikan, ibu pejabat global kami sepenuhnya dikuasakan oleh elektrik boleh diperbaharui, dan kami juga meningkatkan sasaran untuk mengurangkan sisa buangan di peringkat global dengan memberi tumpuan kepada puncanya – bekerjasama untuk menghapuskan penggunaan plastik sekali pakai dan menukar lebih banyak kemudahan kepada status sifar kambus tanah.”

3M komited untuk mengurangkan penggunaan air di semua kemudahan pembuatannya di seluruh dunia dalam dekad akan datang.

GAMBAR: Laman sesawang 3M

Seperti pelepasan karbon, 3M mengambil langkah segera untuk memacu pengurangan penggunaan air dalam bulan-bulan akan datang dan untuk jangka panjang: pengurangan sebanyak 10 peratus dalam penggunaan air menjelang 2022, pengurangan 20 peratus menjelang 2025, dan pengurangan 25 peratus menjelang 2030.

3M menjangkakan untuk memasang teknologi penulenan air yang terkini menjelang akhir 2023 dan akan beroperasi sepenuhnya pada 2024 di semua lokasi penggunaan airnya yang terbesar.

Baca juga:   Volvo Car Malaysia sets new sales record for 2020

Ini akan membolehkan syarikat itu mengembalikan air berkualiti lebih tinggi kepada alam sekitar selepas digunakan dalam operasi pembuatannya.

Syarikat berkenaan akan menggunakan kepakarannya dan teknologi termaju untuk menyingkirkan benda asing dalam air yang digunakannya.

“3M adalah penyokong dan penggalak usaha pemuliharaan global sejak sekian lama, dan adalah peneraju inovasi dan penyedia teknologi dan penyelesaian yang membenarkan pelanggan dan kerajaan untuk mencapai sasaran kelestarian,” kata David Barron, pengasas, Yayasan Kaukus Pemuliharaan Antarabangsa (ICCF).

Baca juga:   Konsep kesihatan planet mampu bina semula ekonomi negara

“ICCF teruja melihat 3M yang telah berada di hadapan dalam usaha kelestarian global melalui pengumuman hari ini ke atas kedua-dua rancangan untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050 dan pengurangan signifikan dalam penggunaan air.

“Komitmen oleh peneraju penting dalam industri ini sudah pasti akan menggalakkan pemimpin korporat lain untuk berbuat yang sama.”

Melalui usahanya, 3M menjangka untuk mengurangkan penggunaan air keseluruhannya sebanyak 2.5 bilion gelen (kira-kira 9.5 bilion liter) setahun.

Komitmen baharu ini yang dibina berdasarkan sasaran 2025 sedia ada dengan melibatkan semua komuniti bermasalah atau sukar mendapat air di mana ia beroperasi dengan mengambil pendekatan menyeluruh ke atas komuniti, bagi pengurusan air.

“Kami mengkaji semula kemudahan pembuatan kami secara proaktif, loji demi loji untuk membuat pelaburan dan penambahbaikan lebih daripada yang diperlukan, dan pada masa sama meningkatkan lagi operasi kami,” kata Roman.

“Kami menggunakan teknologi 3M secara meluas, yang membolehkan kami melakukan lebih lagi untuk mengurangkan, mengembalikan dan mengguna semula air dalam proses pembuatan kami.

“Kami menawarkan pengalaman dan kepakaran kepada komuniti agar kami dapat membantu pihak lain mencapai kualiti air yang lebih baik.”

Usaha berterusan 3M dalam kelestarian dan pengawasan alam sekitar bermula sejak berdekad yang lepas dan termasuk mewujudkan program Pencegahan Pencemaran Beri Manfaat yang telah mencegah lebih dua juta tan pencemaran.

Pada 2015, syarikat itu telah memperkenalkan Sasaran Kelestarian 2025 yang hebat, yang memberi tumpuan kepada bagaimana sains 3M memacu perubahan ke arah masa depan yang lebih lestari.

Berikutan keupayaan global dan kepelbagaian teknologi syarikat, produk 3M memacu impak alam sekitar yang positif di seluruh dunia. Contohnya termasuklah:

• Semikonduktor dan elektronik: Produk 3M membolehkan pembuatan semikonduktor yang lebih efisien serta meningkatkan prestasi dan jangka hayat peralatan elektronik, dalam usaha kita bergerak menuju dunia tanpa kertas.
• Kandungan kitar semula dan bahan berasaskan tumbuhan: 3M membantu mengembangkan rantaian bekalan dan permintaan bagi bahan kitar semula dengan membuat produk menggunakan kandungan kitar semula pasca pengguna, dan meneraju inovasi bahan berasaskan tumbuhan dalam produk ikonik harian seperti pita Scotch™, Nota Post-it™, dan span Scotch-Brite™.
• Elektrifikasi Automotif: Bahan 3M untuk memasang dan meringankan berat, seperti buih gelas, menjadi punca kuasa bagi kenderaan generasi hadapan dan teknologi bateri, membantu mengurangkan berat bagi setiap kenderaan dan membolehkan ekonomi bahan api yang lebih baik secara keseluruhan serta keupayaan bateri.
• Bangunan cekap tenaga: Penyelesaian filem tingkap 3M membantu mencegah kemasukan haba panas ke dalam bangunan dan mengekalkan udara sejuk di dalam, menjadikan bangunan-bangunan ini lebih efisien dan mengurangkan penggunaan tenaga untuk memanaskan atau menyejukkan tempat-tempat tinggal ataupun kerja.
• Tenaga diperbaharui: Teknologi filem, pita dan pelekat 3M membantu panel solar untuk menyimpan lebih banyak cahaya, meningkatkan kecekapan, dan membantu melindungi bilah turbin angin daripada kesan cuaca dan alam sekitar yang teruk, dan seterusnya meningkatkan kebolehtahanan, memanjangkan jangka hayat, dan meningkatkan prestasi.
• Menambah baik kualiti udara dalam bangunan: Penulen udara bilik dan penyelesaian pemanasan dan penyejukan Filtrete™ membantu menangkap partikel di udara, termasuklah habuk, lin, bulu haiwan, dan bakteria, mengurangkan pencemar udara dalam bangunan, dan menjadikan rumah dan tempat kerja lebih selamat. – EDISI 9

Terkini

Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa menziarahi pusara bekas 'sifu' atau mentor politiknya, Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan