25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Dua ciri baharu Muslim Pro sempena Ramadan

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Pengguna aplikasi Muslim Pro kini mempunyai dua ciri baru untuk menolong mereka mempersiapkan diri untuk Ramadan iaitu penjejak Zikir1 dan audio terjemahan al-Quran.

Pengguna Muslim Pro kini dapat menetapkan misi kiraan zikir setiap hari dan menjejaknya dalam fitur Tasbih2 yang tersedia dalam aplikasi
Ketua Komuniti Muslim Pro, Zahariah Jupary berkata, ciri baru itu dibangunkan atas permintaan ramai.

“Dengan rakaman audio yang disertakan, pengguna juga dapat mendengar dan mengikuti bacaan zikir ketika mereka berusaha melengkapi kiraan zikir mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Muslim Pro menggunakan teknologi bagi terus berinovasi dan meningkatkan kualiti aplikasi, sekaligus berkhidmat kepada Ummah3 dengan lebih baik.

Katanya, untuk meningkatkan akses aplikasi kepada pengguna di pelbagai pasaran, Muslim Pro telah mengintegrasikan teknologi teks-ke-ucapan dalam fitur al-Quran .

“Pengguna kini dapat mendengar audio terjemahan al-Quran dalam pelbagai bahasa. Audio terjemahan al-Quran akan dimainkan tepat selepas bacaan Arab bagi setiap ayat. Pada masa ini, aplikasi Muslim Pro mempunyai sekitar 70 terjemahan, dan beberapa bahasa mempunyai pelbagai versi terjemahan,” katanya.

Zahariah menjelaskan, teknologi teks-ke-sebutan adalah ciri tambahan untuk terjemahan al-Quran dan pengguna boleh mencari pilihan ‘bacaan audio tersedia’ di bawah terjemahan tertentu untuk mengetahui terjemahan yang mempunyai ciri bacaan audio baru.

Advertisements

“Kami mahu ciri-ciri baru ini membantu dan mempermudahkan pelaksanaan amal ibadah komuniti kami, kerana audio terjemahan al- Quran akan membolehkan pengguna mendengar terjemahan al-Quran dalam mana-mana bahasa yang tersedia di aplikasi, sementara penjejak zikir akan mendorong ummah untuk meningkatkan ingatan kepada Allah walau di mana pun mereka berada,” katanya.

Zahariah menambah, kedua-dua ciri baru itu adalah sebahagian daripada janji Muslim Pro untuk sentiasa mengutamakan pengguna “dalam semua yang kami lakukan” “Kami akan selalu mendengar suara komuniti dan meningkatkan kualiti aplikasi untuk membantu ummah dalam ibadah mereka,” katanya.

Beliau berkata, mereka melihat lonjakan besar dalam penggunaan aplikasi sepanjang waktu pandemik Covid-19,

“Setiap hari, kami fokus untuk membina aplikasi mudah alih yang lebih baik, yang relevan dan berguna untuk ummah. Ciri perjalanan haji secara virtual yang dilancarkan tahun lalu semasa musim haji amat berguna bagi umat Islam yang tidak dapat ke kota suci Mekah; ini sangat relevan sewaktu musim Covid- 19 kali ini,” katanya.

Beliau berkata, sempena Ramadan pertengahan bulan depan, Muslim Pro akan mengadakan kempen World Quran Month (WQM).

“Ia bertujuan mendorong ummah untuk kembali dekat dengan al-Quran mengikut kemampuan masing-masing pada bulan Ramadan, bulan terbaik untuk melakukannya. Acara ini juga akan dilakukan menggunakan aplikasi Muslim Pro,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan