28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

2,063 kes baharu COVID-19 seluruh Malaysia

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 2,063 kes baharu COVID-19 di seluruh Malaysia hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 307,943 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 630 kes (30.5 peratus).

“Daripada jumlah ini, sebanyak 526 kes (83.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 361 kes (17.5 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 337 kes (16.3 peratus),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Status terkini kes COVID-19 di seluruh Malaysia sehingga 4 Mac 2021 (pukul 12 tengah hari):

Kes sembuh : 2,922 kes (283,629 kes kumulatif, 92.1%);

Kes baharu : 2,063 kes (307,943 kes kumulatif);

Kes import : 9 kes (2 warganegara; 7 bukan warganegara)

Kes tempatan : 2,054 kes [1,419 warganegara (69.1%); 635 bukan warganegara (30.9%)];

Kes aktif : 23,161 kes;

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 193 kes;

Kes memerlukan bantuan pernafasan : 99 kes; dan

Kes kematian : 5 kes (1,153 kes kumulatif, 0.38%; 5 warganegara).

Sebanyak 99 kes (4.8 peratus) yang dilaporkan di seluruh Malaysia pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (57), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (19 kes), Kluster Tembok Mempaga (5 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (5 kes), Kluster Tembok Bendera (5 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (3 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (2 kes), Kluster DTI Sepang 2 (2 kes), dan Kluster Telok Mas (1 kes).

Kes-kes kematian di seluruh Malaysia hari ini melibatkan tiga (3) kes di Selangor, dan masing-masing satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pahang.

Kesemua kes melibatkan warganegara.

kematian

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di seluruh Malaysia sehingga 4 Mac 2021:

Jumlah kluster : 1,177 kluster;

Jumlah kluster baharu : 14 kluster;

Jumlah kluster yang telah tamat : 687 kluster (termasuk 11 kluster yang tamat pada hari ini iaituKluster Bukit Pasir, Kluster Tapak Bina Bukit Sebukor, Kluster Kampung Balibata, Kluster Jalan Usaha, Kluster Batu Enam, Kluster Persiaran Tanjung, Kluster Kampung Pahi, Kluster Jalan Seri, Kluster Taman Bahagia, Kluster Kampung Pulau Jawa, dan Kluster Taman Amalina);

Jumlah kluster aktif : 490 kluster;

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu di seluruh Malaysia hari ini : 76 kluster; dan

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi di seluruh Malaysia hari ini adalah Kluster Lorong Bakau (90 kes), Kluster Jalan Kebun Nenas (90 kes), dan Tapak Bina Queens Waterfront (87 kes).

Perincian 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti di seluruh Malaysia hari ini iaitu:

KLUSTER INDUSTRI SUBANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Klang, dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Batu Tiga Lama, Taman Perindustrian Subang Utama, Shah Alam. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 171 individu telah disaring, di mana 47 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER LAGENDA SURIA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Lagenda Suria 3, off Jalan Hulu Langat, Cheras. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana 31 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN BUKIT TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perusahaan Bukit Angkat, Kajang, Hulu Langat. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 140 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JASMINE EMPAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Jasmine 4, Bukit Beruntung, Hulu Selangor. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 351 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN DAMANSARA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pusat beli belah yang terletak di Jalan Damansara, Petaling Jaya. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA QUEENS WATERFRONT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya dan Timur Laut di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 709 individu telah disaring, di mana 145 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN DISTRIPARK B6
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan DPB/6, Zon Perindustrian Bebas Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bahru. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER BATU 21
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 21, Jalan Pontian, Kulai. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 91 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PERSIARAN KEMPAS BARU
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-284695) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perubatan yang terletak di Persiaran Kempas Baru, Johor Bahru. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 27 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN KABEL GEMILANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Gemilang 1, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 22 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN MAJU SATU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Maju 1, Taman Perindustrian Desa Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 90 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN LIMAU MANIS
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kluang dan Johor Bahru di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-306689) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis pengebumian yang diadakan di Jalan Limau Manis, Kluang pada 17 Februari 2021. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 49 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN KEBUN NENAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kebun Nenas, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 326 individu telah disaring, di mana 94 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA NILAM SARI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Taman Nilam Sari, Temiang, Seremban. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 84 individu telah disaring, di mana 30 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

seluruh Malaysia

Kes positif 2,063 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di seluruh Malaysia pada 4 Mac 2021 adalah seperti berikut:

Selangor: 630 kes
134 kes daripada kluster-kluster, termasuk 73 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jasmine Empat, Kluster Lagenda Suria, Kluster Jalan Bukit Tiga, Kluster Jalan Damansara, dan Kluster Industri Subang;
392 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Dua (2) kes import dari luar negara; dan
102 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sarawak: 361 kes
84 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
111 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
166 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 337 kes
274 kes daripada kluster-kluster, termasuk 177 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Queens Waterfront dan Kluster Jalan Bukit Nenas;
32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: 255 kes
111 kes daripada kluster-kluster, termasuk 75 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kabel Gemilang, Kluster Jalan Maju Satu, Kluster Jalan Limau Manis, Kluster Batu 21, Kluster Jalan Distripark B6, dan Kluster Persiaran Kempas Baru;
83 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
60 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kuala Lumpur: 120 kes
48 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Enam (6) kes import dari luar negara; dan
30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perak: 101 kes
89 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;

Negeri Sembilan: 91 kes
65 kes daripada kluster-kluster, termasuk 24 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Nilam Sari;
21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sabah: 78 kes
24 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kelantan: 44 kes
23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pahang: 13 kes
Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Kedah: 12 kes
Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Terengganu: 10 kes
Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Putrajaya: Tujuh (7) kes
Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Melaka: Tiga (3) kes
Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. – EDISI 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan