27.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 19, 2021

Selangor kembali catat kes jangkitan baharu tertinggi

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Selangor kembali menjadi negeri yang mencatatkan kes jangkitan harian baharu COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 910 kes (41.5 peratus).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 742 kes jangkitan (81.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 303 kes (13.8 peratus) dan Sarawak sebanyak 221 kes (10.1 peratus),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Status terkini kes COVID-19 di Malaysia setakat hari ini adalah seperti berikut:

Kes sembuh: 3,414 kes (252,623 kes kumulatif, 88.4 peratus);

Kes baharu: 2,192 kes (285,761 kes kumulatif);

Kes import: 3 kes (2 warganegara; 1 bukan warganegara)

Kes tempatan: 2,189 kes [1,337 warganegara (61.1 peratus); 852 bukan warganegara (38.9 peratus)];

Kes aktif: 32,076 kes;

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 199 kes;

Kes memerlukan bantuan pernafasan: 91 kes; dan

Kes kematian: 6 kes (1,062 kes kumulatif, 0.37 peratus).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan dua kes di Selangor, dan masing-masing satu kes di Pahang, Johor, Sabah, dan Sarawak.

Sebanyak lima kes kematian melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara.

jangkitan

Kes jangkitan positif 2,192 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 22 Februari 2021 adalah seperti berikut:

Selangor: 910 kes
415 kes jangkitan daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Kota, Tapak Bina Lombong Timah, dan Kluster Pasar Jalan Putra;
327 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
168 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kuala Lumpur: 303 kes
177 kes jangkitan daripada kluster-kluster, termasuk 25 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Sungai Batu;
61 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Dua (2) kes import dari luar negara; dan
63 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sarawak: 221 kes
87 kes jangkitan daripada kluster-kluster, termasuk 68 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Emperoh Jambu dan Kluster Sungai Bakong;
91 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
43 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: 211 kes
85 kes jangkitan daripada kluster-kluster sedia ada;
68 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
57 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perak: 148 kes
102 kes jangkitan daripada kluster-kluster sedia ada;
20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 135 kes
60 kes jangkitan daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Hilir Sungai Kluang;
36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
39 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sabah: 110 kes
52 kes jangkitan daripada kluster-kluster sedia ada;
40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Negeri Sembilan: 64 kes
13 kes jangkitan daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Sungai Gadut;
20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Baca juga:   Covid-19: Hong Kong henti penerbangan dari Malaysia

Kelantan: 28 kes
15 kes jangkitan daripada kluster-kluster sedia ada;
Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Baca juga:   Slot vaksin ditempah tanpa persetujuan individu - CITF

Kedah: 26 kes
Enam (6) kes jangkitan daripada kluster-kluster sedia ada;
10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Melaka: 14 kes
Enam (6) kes jangkitan daripada kluster-kluster sedia ada;
Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pahang: Tujuh (7) kes
Lima (5) kes jangkitan daripada kluster-kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Putrajaya: Tujuh (7) kes
Tiga (3) kes jangkitan daripada kluster sedia ada;
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Terengganu: Empat (4) jangkitan kes daripada kluster-kluster sedia ada.

Perlis: Empat (4) kes
Dua (2) kes jangkitan daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

jangkitan

Sebanyak 109 kes (5.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (39 kes), Kluster Tembok Bendera (26 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (25 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (9 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (6 kes), Kluster Tembok Taiping (2 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (1 kes).

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 22 Februari 2021:

Jumlah kluster: 1,082 kluster;

Jumlah kluster baharu: 8 kluster;

Jumlah kluster yang telah tamat: 578 kluster (termasuk 14 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Parit Jamil, Kluster Manik, Kluster Batu Lapan, Kluster Paloh Tumpat, Kluster Pondok Hidayah, Kluster Sungai Chemubong, Kluster Jalan TJ, Kluster Stutong, Kluster Sungai Ibor, Kluster Industri Apas, Kluster Jalan KKIP Selatan, Kluster Kampung Bukit Lada, Kluster Teknologi Kesidang, dan Kluster Tropika);

Jumlah kluster aktif: 504 kluster;

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini: 99 kluster; dan

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Sungai Putus (186 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Pantai (62 kes), dan Kluster Jalan Cochrane (54 kes).

Perincian lapan kluster baharu yang telah dikenal pasti hari ini:

KLUSTER TAPAK BINA LOMBONG TIMAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat, Petaling, dan Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Lombong Timah 3, Bandar Saujana Putra, Kuala Langat. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 566 individu telah disaring, di mana 45 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA JALAN KOTA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Kawasan Perindustrian Kota Elmina, Rawang, Gombak. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 121 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Baca juga:   Speaker berang ADUN BN, Pas berbaju Melayu di DUN Selangor

KLUSTER PASAR JALAN PUTRA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah perniagaan runcit yang terletak dalam kawasan pasar borong di Sri Kembangan, Petaling. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 115 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Baca juga:   Speaker berang ADUN BN, Pas berbaju Melayu di DUN Selangor

KLUSTER TAPAK BINA SUNGAI BATU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak berhampiran Sungai Batu di Jalan Ipoh, Kepong. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 385 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER EMPEROH JAMBU
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching dan Samarahan di Sarawak . Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-271927) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan satu majlis pengebumian di Kampung Emperoh Jambu, Padawan, Samarahan yang berlangsung di antara 3 hingga 5 Februari 2021. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 337 individu telah disaring, di mana 60 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER SUNGAI BAKONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak. Tiga (3) kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke- 277615, kes ke-277617, dan kes ke-277618) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak berhampiran dengan Sungai Bakong di Meradong. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 593 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER HILIR SUNGAI KLUANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Barat Daya, dan Timur Laut di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Hilir Sungai Kluang, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 327 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER INDUSTRI SUNGAI GADUT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban, Rembau, dan Tampin di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Sungai Gadut, Seremban. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 2,044 individu telah disaring, di mana 65 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. – EDISI 9

Terkini

500,000 masalah paparan sijil vaksin selesai tempoh seminggu

CYBERJAYA – Sebanyak 500,000 masalah ketiadaan paparan sijil vaksin digital di dalam aplikasi berjaya diselesaikan MySejahtera dalam tempoh seminggu...

Lagi Artikel Berkaitan