32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Perhimpunan Agung UMNO 27, 28 Mac ini

Mesti Baca


KUALA LUMPUR, 23 Feb – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan bahawa tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2020 ialah pada 27 dan 28 Mac ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan perhimpunan agung itu adalah kombinasi perhimpunan secara bersemuka dan juga secara maya.

“Segala SOP PKP, PKPB dan PKPP akan dipatuhi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam masa yang sama beliau memaklumkan UMNO akan berusia genap 75 tahun pada 11 Mei.

“Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sempena sambutan Jubli Intan 75 Tahun kelahiran UMNO. Antara aktiviti adalah sayembara (pertandingan) penulisan puisi, video pendek dan mencipta logo,” katanya.

Sebelum ini Perhimpunan Agung UMNO menjadi tumpuan apabila pada 7 Januari lalu, MKT bersetuju untuk membawa usul memutuskan hubungan dengan parti Bersatu di perhimpunan yang sepatutnya diadakan pada 31 Januari lalu.

Advertisements

Bagaimanapun ia terpaksa ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pengisytiharan darurat.

Dalam kenyataan Ahmad tidak dinyatakan agenda perhimpunan termasuk usul yang akan dibahaskan namun isu hubungan antara UMNO dan Bersatu pasti akan menjadi tumpuan.

MKT UMNO pada Jumaat lalu dikatakan telah membuat keputusan menolak kerjasama dengan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 dan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Namun begitu perhimpunan tetap dianggap penting dalam usaha UMNO menyusun agenda bagi menghadapi PRU-15 dan adakah perwakilan akan membangkitkan soal pemilihan parti.

Ia memandangkan terdapat desas-desus ada gerakan mahu menyingkirkan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan