34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

2,469 kes jangkitan baharu, 13 kluster muncul

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 2,468 kes jangkitan baharu COVID-19 hari ini, menjadikan 256,678 kes kumulatif atau 89.1 peratus.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah keseluruhan jangkitan baharu itu, 2,464 kes adalah kes tempatan manakala empat lagi kes import.

“Selangor melaporkan kes harian jangkitan baharu tertinggi iaitu sebanyak 932 kes (37.8 peratus).

“Daripada jumlah ini, sebanyak 579 kes (62.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 428 kes (17.3 peratus) dan Perak sebanyak 308 kes (12.5 peratus),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

jangkitan baharu

Maklumat-maklumat lain perkembangan harian COVID-19 di negara ini adalah seperti berikut:

Kes sembuh: 4,055 kes (256,678 kes kumulatif, 89.1 peratus);

Kes jangkitan baharu: 2,468 kes (288,229 kes kumulatif);

Kes import: 4 kes (2 warganegara; 2 bukan warganegara)

Kes tempatan: 2,464 kes [1,549 warganegara (62.9 peratus); 915 bukan warganegara (37.1 peratus)];

Kes aktif: 30,475 kes;

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 196 kes;

Kes memerlukan bantuan pernafasan: 92 kes; dan

Kes kematian: 14 kes (1,076 kes kumulatif, 0.37 peratus).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 10 kes di Selangor, dua kes di Sarawak, dan masing-masing satu kes di Johor dan Sabah.

Sebanyak 13 kes kematian melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara.

jangkitan baharu

Kes positif 2,468 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 23 Februari 2021 adalah seperti berikut:

Selangor: 932 kes
172 kes jangkitan baharu daripada kluster-kluster, termasuk 37 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Damai, Kluster Subang Tiga, dan Kluster Jalan Serendah;
407 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Dua (2) kes import dari luar negara; dan
351 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: 428 kes
192 kes jangkitan baharu daripada kluster-kluster, termasuk 148 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Digital Lapan, Kluster Jalan Wawasan 16, Kluster Jalan Cyber Sembilan, dan Kluster Jalan Tebrau Pandan;
145 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
91 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perak: 308 kes
296 kes jangkitan baharu daripada kluster-kluster sedia ada;
Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kuala Lumpur: 155 kes
61 kes jangkitan baharu daripada kluster-kluster, termasuk 54 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Setiawangsa dan Kluster Jalan Bayam;
30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
64 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 155 kes
77 kes jangkitan baharu daripada kluster-kluster sedia ada;
42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sarawak: 133 kes
79 kes jangkitan baharu daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Muhibbah;
19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Negeri Sembilan: 100 kes
74 kes jangkitan baharu daripada kluster-kluster, termasuk 41 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Ekar;
21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kelantan: 96 kes
55 kes jangkitan baharu daripada kluster-kluster sedia ada;
30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sabah: 94 kes
32 kes jangkitan baharu daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Mawar;
32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Melaka: 22 kes
Enam kes jangkitan baharu daripada kluster-kluster sedia ada;
14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kedah: 15 kes
Enam kes jangkitan baharu daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan PKNK 3/3;
Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pahang: 11 kes
Dua kes jangkiyan baharu daripada kluster sedia ada;
Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Terengganu: Sembilan (9) kes
Lima (5) jangkitan baharu daripada kluster-kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Labuan: Enam (6) kes
Dua (2) kes jangkitan baharu daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Dua (2) kes import dari luar negara; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Putrajaya: Empat (4) kes jangkitan baharu daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sebanyak 175 kes (7.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bendera (107 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (36 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (19 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (9 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (2 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (1 kes), dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).

jangkitan bahari

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 23 Februari 2021:

Jumlah kluster: 1,095 kluster;

Jumlah kluster baharu: 13 kluster;

Jumlah kluster yang telah tamat: 586 kluster (termasuk lapan (8) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Taman Kesedar, Kluster Jalan Manan, Kluster Bah Sayap, Kluster Dialisis Malim, Kluster Kampung Bukit Putera, Kluster Bersepadu, Kluster Kilang Setapak, dan Kluster Jalan Canang Emas);

Jumlah kluster aktif: 509 kluster;

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini: 90 kluster; dan

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Digital Lapan (131 kes), Kluster Tembok Bendera (107 kes), dan Kluster Jalan Pelabuhan (95 kes).

Perincian 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

KLUSTER JALAN DAMAI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Damai, Kampung Batu Belah, Klang. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER SUBANG TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Subang 3, Subang Jaya Industrial Estate, Petaling. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 68 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN SERENDAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Sepang, Klang, dan Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 19 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Serendah, HICOM Industrial Estate, Shah Alam. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 1,000 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA DIGITAL LAPAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Digital 8, Taman Perindustrian Kulai. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 464 individu telah disaring, di mana 133 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN CYBER SEMBILAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Cyber 9, Taman Perindustrian Senai IV, Kulai. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 199 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN TEBRAU PANDAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-273897) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Tebrau Pandan, Johor Bahru. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN WAWASAN 16
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-273890) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes-kes dalam kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 16, Kawasan Perindustrian Sri Gading 2, Batu Pahat. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 138 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN SETIAWANGSA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Taman Setiawangsa, Titiwangsa. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 120 individu telah disaring, di mana 51 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN BAYAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak berhampiran Jalan Bayam, Cheras. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 128 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN MUHIBBAH
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Betong di Sarawak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-274498) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis sosial yang berlangsung di Jalan Muhibbah, Betong. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 110 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA JALAN EKAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Ekar 1/3, Kampung Rantau, Seremban. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 170 individu telah disaring, di mana 50 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAMAN MAWAR
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-286694) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis sosial yang berlangsung di Taman Mawar, Sandakan. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 15 individu telah disaring, di mana kesemua kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN PKNK 3/3
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan PKNK 3/3, Kawasan Perindustrian Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 255 individu telah disaring, di mana 40 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. – EDISI 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan