25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 15, 2021

Majlis Belia Johor buat laporan polis ke atas Kadir Jasin

Must Read

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh tak wajar lancar portal pekerjaan

CYBERJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan amat terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur...

Kenaikan harga barangan masih terkawal – Alexander

CYBERJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati kenaikan harga barangan di seluruh negara adalah...

Perdana Menteri beri jaminan tiada PKP kali ketiga

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan tidak berhasrat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali...


KUALA LUMPUR – Majlis Belia Negeri Johor hari ini membuat laporan polis ke atas Datuk A.Kadir Jasin berikutan satu posting dalam Facebook Tokoh Wartawan itu yang didakwa menghina dan menghasut terhadap Majlis Raja-Raja, Institusi Istana dan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Benut, Pontian kira-kira pukul 4.42 petang, Majlis Belia Johor mendakwa, artikel Kadir dalam Facebooknya yang mempersoalkan mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu dan kenyataan beliau menimbulkan hasutan pada masyarakat.

Oleh itu mereka mendesak supaya siasatan dijalankan ke atas bekas Penasihat Media Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad itu.

Sementara itu Presidennya Md Salleheen Mohamad berkata, ini bukan kali pertama Kadir mengeluarkan kenyataan seumpama itu, sebaliknya sebelum ini beberapa laporan sudah dibuat ke atasnya.

Berikut kenyataan penuh Md.Salleheen;

Kes ini perlu disiasat di bawah Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

A. Kadir Jasin mesti dikenakan tindakan atas kesalahan hasutan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan.

Ia menegaskan mana-mana orang yang melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan, atau berkomplot dengan mana-mana orang untuk melakukan apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut atau jika dilakukan, akan mempunyai kecenderungan menghasut, melakukan suatu kesalahan.

MD SALLEHEEN MOHAMAD

Penangkapan terhadap A. Kadir Jasin boleh dibuat mengikut Seksyen 11 kerana perkataan ‘menghasut’ di bawah Seksyen 2 (tafsiran), diguna pakai berkenaan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau selain yang boleh menjadikan perkara ini (iaitu perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau selainnya) mempunyai kecenderungan menghasut.

Di bawah seksyen yang sama juga, perkataan ‘by electronic means’ atau dengan cara elektronik dimasukkan secara spesifik di bawah seksyen tafsiran pada 2015.

Perkataan ‘kecenderungan menghasut’ di bawah Seksyen 3, terpakai kepada kecenderungan, yang antaranya ialah:

(1) perkara yang mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja;

(2) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia.

Sehubungan itu, Majlis Belia Negeri Johor memandang serius perkara ini dan meminta pihak berkuasa mengheret pemilik akaun A. Kasir Jasin dengan segera ke muka pengadilan.

Majoriti rakyat negara ini menjunjung tinggi dan setia bersama Raja-Raja Melayu serta Perlembagaan Negara, justeru membiarkan individu seperti ini tanpa tindakan tuntas akan memberi isyarat yang salah terhadap pihak berkuasa di negara ini.

Latest News

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh tak wajar lancar portal pekerjaan

CYBERJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan amat terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur...

More Articles Like This