25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

25 pesakit COVID-19 maut, jumlah tertinggi setakat ini

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Sebanyak 25 pesakit meninggal dunia akibat COVID-19 hari ini, sekali gus menjadikan jumlah itu yang tertinggi sejak Malaysia dilanda pandemik tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,030 kes kematian dilaporkan setakat hari ini atau 0.38 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Beliau menambah, kes-kes kematian hari ini melibatkan 15 kes di Selangor, masing-masing tiga kes di Sarawak dan Sabah, dua kes di Kuala Lumpur, serta masing-masing satu kes di Johor dan Putrajaya.

“Sebanyak 21 kes kematian melibatkan warganegara dan empat kes melibatkan bukan warganegara,” jelasnya dalam kenyataan media, hari ni.

Selangor masih mencatatkan kes harian baharu COVID-19 tertinggi hari ini iaitu sebanyak 1,013 kes atau 37.4 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 795 kes (78.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 426 kes (15.7 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 212 kes (7.8 peratus),” katanya.

tertinggi

Perkembangan lain mengenai COVID-19 di Malaysia hari ini adalah seperti berikut:

Kes sembuh: 5,320 kes (235,082 kes kumulatif, 85.5%)

Kes baharu: 2,712 kes (274,875 kes kumulatif)

Kes import: 4 kes (3 warganegara; 1 bukan warganegara)

Kes tempatan: 2,708 kes – 1,588 warganegara (58.6%); 1,120 bukan warganegara (41.4%)

Advertisements

Kes aktif: 38,763 kes

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 227 kes

Kes memerlukan bantuan pernafasan: 103 kes

Beliau memberitahu, sebanyak 43 kes (1.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara, lokap, dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bendera (19 kes), Kluster Telok Mas (11 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (8 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), Kluster Matambai (1 kes), Kluster Penjara Kepayan (1 kes), Kluster DTI Sepang 2 (1 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia setakat ini:

Jumlah kluster: 1,045 kluster

Jumlah kluster baharu: 17 kluster

Jumlah kluster yang telah tamat: 539 kluster (termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Silimpopon, Kluster Tapak Bina Dutamas, Kluster Gunung Raya, Kluster Taman Juta, Kluster Kampung Tengah, Kluster Alor Durian, Kluster Lintas Seraya, Kluster Jalan Kelapa, Kluster Tampoi Tujuh, dan Kluster J Bandar

Jumlah kluster aktif: 506 kluster

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini: 94 kluster

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Kebun Baru (188 kes), Kluster Jalan Changkat Jong (158 kes), dan Kluster Selambau (155 kes).

kluster

Terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 14 kluster berkaitan tempat kerja, serta masing-masing satu (1) kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi, keagamaan, dan komuniti. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan