27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Boleh makan lebih 2 orang semeja, tiada had penumpang

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Peraturan yang mengehadkan hanya dua pelanggan boleh duduk semeja di kedai makan dibatalkan mulai esok.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembatalan peraturan itu berkuat kuasa di seluruh negara termasuk kawasan yang masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bilangan pelanggan mengikut keluasan meja di premis kedai makan dengan syarat perlu ada penjarakan fizikal satu meter antara pelanggan dan antara meja,” katanya dalam sidang media di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

Ismail Sabri
Gambar: Facebook Ismail Sabri Yaakob

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, had dua penumpang dalam sebuah kenderaan turut dibatalkan mulai esok.

Ismail Sabri berkata, jumlah penumpang adalah mengikut kapasiti tempat duduk sesebuah kenderaan.

“Kebenaran itu diberikan untuk seluruh negara tanpa mengira sama ada negeri di PKP atau PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP),” jelasnya.

Selain itu, pasangan beragama Islam di negeri bawah PKP boleh melangsungkan majlis akad nikah di masjid.

Beliau menambah, majlis itu tidak lagi terhad di pejabat agama manakala prosedur operasi standard (SOP) adalah sama dengan yang dikuatkuasakan di kawasan PKPB dan PKPP.

Advertisements

Turut dibenarkan di seluruh negara adalah aktiviti jualan but kereta dan kedai buku.

Walau bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, perniagaan runcit di negeri bawah PKP kekal boleh beroperasi sehingga pukul 10 malam sahaja manakala di kawasan PKPB dan PKPP, mereka boleh membuka premis sehingga pukul 12 tengah malam.

Perniagaan seperti spa, urut dan refleksologi masih tidak dibenarkan di kawasan PKP.

Beliau menjelaskan, penganjuran majlis sosial seperti kenduri, bertunang dan sambutan hari jadi serta kegiatan MICE dan mesyuarat dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP dengan had kapasiti hadirin 50 peratus daripada keluasan ruang yang digunakan.

Aktiviti sedemikian masih dilarang di kawasan PKP.

Ismail Sabri berkata, tiada had jumlah hadirin sekiranya majlis diadakan di kawasan terbuka misalnya kenduri kahwin di kampung.

Namun, penganjur perlu memastikan SOP berkaitan penjarakan fizikal dan lain-lain dipatuhi sepanjang majlis berlangsung. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan