31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

2,176 kes baharu COVID-19, jangkitan berkurangan

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu jangkitan COVID-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan apabila sebanyak 2,176 kes dilaporkan hari ini, berbanding 2,464 kes semalam.

Secara keseluruhan, sebanyak 266,445 kes COVID-19 dicatatkan di negara ini sejak pandemik itu mula melanda lebih setahun lalu.

Sebanyak 4,521 pesakit dilaporkan sembuh hari ini, menjadikan kumulatif 218,335 kes yang pulih atau 81.9 peratus daripada keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya satu kes import yang dilaporkan melibatkan rakyat tempatan manakala 2,175 kes lagi melibatkan 1,618 rakyat tempatan dan 557 warga asing.

Menurut beliau, sebanyak 47,315 kes masih aktif di mana 260 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 112 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham menambah, sebanyak 10 kematian akibat COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah terkumpul 975 kes.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan lima kes di Selangor, dua kes di Kuala Lumpur, serta masing-masing satu kes di Sabah, Johor, dan Perak,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

kes baharu
Gambar: Facebook Noor Hisham Abdullah

Berhubung situasi di negeri-negeri, beliau memberitahu, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 910 kes (41.8 peratus).

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 724 kes (79.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 269 kes (12.4 peratus) dan Sarawak sebanyak 246 kes (11.3 peratus),” jelasnya.

Sebanyak 64 kes (2.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara, lokap, dan depoh tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bendera (40 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (18 kes), Kluster Tembok Tapah (4 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), dan Kluster Tembok Taiping (1 kes).

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga hari ini:

Jumlah kluster : 996 kluster

Jumlah kluster baharu :13 kluster

Jumlah kluster yang telah tamat : 507 kluster (termasuk lapan kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Sibuga, Kluster Taman Tasik Sungai Chua, Kluster Jalan Bukit Bendera, Kluster Lumut Barat, Kluster Pagar Siput, Kluster Kampung Renok, Kluster Sungai Redan, dan Kluster Bah Manggis

Jumlah kluster aktif : 489 kluster

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 68 kluster

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Senai Utama (131 kes), Kluster Tanjung Suria (68 kes), dan Kluster Tembok Bendera (40 kes).

kes baharu
Gambar: Facebook Noor Hisham Abdullah

Terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja serta masing-masing satu kluster melibatkan komuniti, pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi.

Kluster-kluster tersebut adalah Jalan Kepong (Selangor, tempat kerja), Jalan Tropicana (Selangor, tempat kerja), Jalan Bursa (Selangor, tempat kerja), Jalan Tiga Belas (Selangor, tempat kerja), Jalan Baru (Pulau Pinang, tempat kerja), dan Tapak Bina Persiaran Mutiara (Pulau Pinang, tempat kerja).

Tujuh lagi kluster adalah Jalan Jinjang (Kuala Lumpur, tempat kerja), Jalan Senai Utama (Johor, tempat kerja), Teknologi Lot Enam (Melaka, tempat kerja), Guntong Dalam (Terengganu, tempat kerja), Pengkalan Teras (Terengganu, komuniti), Tembok Tapah (Perak, pusat tahanan) dan Jalan Cheras (Selangor, kumpulan berisiko tinggi). – EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan