31.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023

Rina Harun pula positif Covid-19

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Seorang lagi anggota Kabinet, Datuk Seri Rina Mohd Harun disahkan positif Covid-19, selepas memperoleh keputusan ujian saringan malam tadi.


Pengesahan melibatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu diperoleh selepas dua hari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed positif Covid-19.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, Rina dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada pukul 11 pagi tadi.

“Ia bagi membolehkan pihak hospital menjalankan pemantauan lanjut dan akan mematuhi segala garis panduan berkaitan Covid-19 yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.


Menurut kenyataan itu, Rina akan memastikan semasa ketiadaannya, kementerian akan meneruskan kerja kebajikan, pembelaan, pemerkasaan dan pembangunan untuk kumpulan sasar dan segala urusan pengoperasian kementerian akan tetap berjalan seperti biasa.

Kelmarin, Mustapa disahkan positif Covid-19 selepas tiba di Kota Bharu, Kelantan dari Kuala Lumpur.

Mustapa dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, untuk pemantauan dan keadaannya stabil.

Pejabat kementerian itu turut memaklumkan Mustapa pada 1 Jan sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan keputusannya negatif.

Sebelum ini, beberapa anggota tertinggi pentadbiran kerajaan turut disahkan dijangkiti Covid-19, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Ahmad Masrizal Mohamad

Baca juga:   Lebih 6,000 PPS siap siaga hadapi banjir – Rina

Wartawan

Terkini

Pemilik, tekong, kru warga asing didenda RM5,000

MAHKAMAH Majistret Kuala Selangor hari ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 5,000 kepada pemilik bot nelayan kelas C bernombor...

Lagi Artikel Berkaitan