32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Lebih selamat anggota Kabinet henti program umum seminggu – Najib

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, adalah lebih selamat bagi semua anggota Kabinet menghentikan segala program umum mereka untuk tempoh seminggu.

Kata bekas perdana menteri itu, beliau pelik bagaimana menteri-menteri Kabinet masih menghadiri program-program umum setelah Datuk Seri Mustapa Mohamed atau mesra disapa Tok Pa disahkan positif Covid-19, tengah hari semalam.

Menurutnya, KKM sepatutnya sudah mengklasifikasikan mereka sebagai kontak rapat yang perlu dipantau dan diberi arahan kuarantin wajib memandangkan mereka pernah hadir sebilik dengan Tok Pa dalam mesyuarat jemaah menteri beberapa hari lalu.

“Kenapa pula Rina (Datuk Seri Rina Harun) masih boleh hadir dua program semalam?

“Sebab itu, saya rasa ianya lebih selamat bagi semua menteri hentikan segala program umum mereka untuk tempoh seminggu.

“Moga Datuk Seri Rina Harun mendapat kesembuhan penuh secepat mungkin,” tulisnya di Facebook hari ini.

Rina yang juga  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat disahkan positif Covid-19, selepas memperoleh keputusan ujian saringan malam tadi.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, Rina dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada pukul 11 pagi tadi.

“Ia bagi membolehkan pihak hospital menjalankan pemantauan lanjut dan akan mematuhi segala garis panduan berkaitan Covid-19 yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.
Menurut kenyataan itu, Rina akan memastikan semasa ketiadaannya, kementerian akan meneruskan kerja kebajikan, pembelaan, pemerkasaan dan pembangunan untuk kumpulan sasar dan segala urusan pengoperasian kementerian akan tetap berjalan seperti biasa.

Kelmarin, Mustapa disahkan positif Covid-19 selepas tiba di Kota Bharu, Kelantan dari Kuala Lumpur.

Mustapa dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, untuk pemantauan dan keadaannya stabil.

Sebelum ini, beberapa anggota tertinggi pentadbiran kerajaan turut disahkan dijangkiti Covid-19, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Ahmad Masrizal Mohamad.

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan