Tuesday, July 21, 2026

Minyak masak 5kg naik harga, Zahid minta KPDNHEP bertindak

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) digesa segera mengambil tindakan berikutan dakwaan kenaikan harga minyak 5 kilogram (kg) di pasaran ketika ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, di luar sana netizen ramai dah mengeluh harga minyak masak naik sampai RM27 untuk 5kg.

Menurutnya, jika dahulu minyak masak 5kg boleh dapat antara RM19-RM23, tinjauan peribadi beliau mendapati harga pasar raya pun sudah RM28.59 untuk berat sama.

“Kalau betullah, memang kecewa dengan nasib yang menimpa rakyat. Rakyat tengah susah, dah la PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ada pulak darurat,” tulisnya.

Kata Ahmad Zahid, ketika ini pengangguran semakin meningkat sehingga rakyat tiada wang bahkan bantuan PKP kali seolah-olah tiada.

Malah katanya, ketika ada rakyat yang tidak dapat menikmati moratarium kerana terlalu banyak syarat yang dikenakan oleh pihak institusi kewangan harga barang pulak melambung tinggi.

“KPDNHEP kena ambiklah tindakan,” tegasnya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan