32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Malaysia, Singapura batalkan projek HSR

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dibatalkan selepas kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan berhubung perubahan laluan yang dicadang oleh Malaysia pada tarikh akhir perjanjian HSR, 31 Disember.

Dalam kenyataan bersama oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong memaklumkan, kedua-dua negara akan mematuhi syarat masing-masing dan melakukan tindakan yang diperlukan akibat penamatan perjanjian projek HSR.

“Susulan kesan pandemik Covid-19 terhadap ekonomi Malaysia, kerajaan Malaysia telah mencadangkan beberapa perubahan pada Projek HSR.

“Kedua-dua kerajaan telah melakukan beberapa perbincangan mengenai perubahan ini namun gagal mencapai kata sepakat,” kata kenyataan bersama itu, hari ini.

Dalam pada itu, kedua-dua negara menegaskan akan tetap komited menjaga hubungan dan bekerjasama erat dalam pelbagai bidang, termasuk memperkukuhkan hubungan di antara kedua-dua negara.

Advertisements


Sebelum ini, media melaporkan Malaysia dikehendaki membayar kos penangguhan sebanyak S$15 juta (RM45.1 juta) kepada Singapura susulan penangguhan Projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).


Sementara itu, Kementerian Pengangkutan Singapura dalam kenyataan berasingan berkata perbincangan telah dilakukan di antara Malaysia dan Singapura menerusi sidang video pada 2 Disember lalu bagi mengkaji status projek HSR.


Ia termasuk melibatkan perubahan yang dicadangkan Malaysia terhadap projek berkenaan.


Tambah kenyataan itu lagi, Malaysia telah bersetuju agar perjanjian projek tersebut terbatal dan membayar ganti rugi kepada Singapura.


“Hubungan kami dengan Malaysia adalah mendalam dan pelbagai aspek, dan kami mengharapkan hubungan baik yang berterusan dan kerjasama erat dengan Malaysia untuk kepentingan bersama kedua-dua negara,” kata kenyataan itu.

Advertisements

Terkini

CENTHRA gesa kerajaan mansuh undang-undang tindas hak asasi

SEBUAH pertubuhan hak asasi menggesa kerajaan memansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi manusia kerana langkah tersebut sejajar dengan piawaian...

Lagi Artikel Berkaitan