25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Henti polemik politik, kembali ‘tradisi membela rakyat’

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO menggesa parti politik segera menghentikan polemik kuasa dan kedudukan dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada isu-isu membela rakyat dan membantu mereka yang dalam kesusahan.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penularan pandemik Covid-19, proklamasi Darurat dan musibah banjir memberi kesan besar terhadap kehidupan rakyat.

Berikut merupakan kenyataan penuh Asyraf Wajdi dalam hantaran Facebook beliau hari ini:

1. Pandemik Covid-19, proklamasi Darurat dan musibah banjir buruk yang menimpa beberapa buah negeri, hakikatnya memberi kesan besar terhadap kehidupan rakyat!

2. Natijah pandemik kepada ekonomi semakin terasa hinggakan pelaburan makin menguncup dan kadar pengangguran kian meningkat, turut menyebabkan rakyat makin susah, resah dan gelisah memikirkan soal kelangsungan hidup mereka.

3. Berbeza dengan PKP yang bermula pada Mac tahun lepas, tekanan pada PKP 2.0 kali ini, ditambah dengan proklamasi Darurat sudah tentu lebih meruncing. Rakyat terpaksa menghadapinya tanpa moratorium automatik, tanpa bantuan tunai yang besar, tanpa insentif gaji pekerja dan ditambah dengan bencana alam di beberapa negeri. Semua ini akan memberi kesan kepada moral dan keyakinan rakyat dalam menghitung hari-hari mendatang.

Advertisements

4. Di tengah-tengah krisis pandemik dan keperitan rakyat ini, sudah tentu polemik politik, sama ada dalaman parti dan antara parti adalah perkara terakhir yang rakyat mahu terjebak atau terheret. 

5. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpendirian, UMNO harus kembali kepada landasan yang asal dengan menjadikan mantra “Tradisi Membela Rakyat” sebagai teras perjuangannya ketika ini. 

6. Kepimpinan UMNO sama ada di dalam mahupun di luar pentadbiran Kerajaan mesti berusaha menuntut bagi pihak rakyat perkara-perkara yang menyentuh kebajikan mereka, antaranya:
(i) Mempermudahkan pengeluaran i-Sinar KWSP tanpa syarat/kriteria.

(ii) Bantuan kebajikan rakyat musim PKP 2.0 sebagaimana PKP kali pertama.

(iii) Lanjutan Moratorium tanpa syarat dan tidak dikenakan penalti atau caj tambahan.

7. Justeru, KETEPIKAN SEKETIKA hiruk-pikuk perpolitkkan dan berpolemik mengenai kuasa dan kedudukan, demi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada isu-isu membela rakyat dan membantu mereka yang benar-benar susah dan gelisah.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan