24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Dr Noor Hisham seru ‘frontliner’ berniat berkhidmat kerana Allah

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sekali lagi menyeru petugas barisan hadapan atau frontliners supaya sentiasa memasang niat sebelum memulakan tugasan harian dengan nawaitu berkhidmat kerana Allah SWT.

DR NOOR HISHAM ABDULLAH

Beliau berkata, dengan izin Allah SWT, segala beban kerja akan dipermudahkan selepas berusaha bersungguh-sungguh.

“Marilah kita bertawakkal kembali kepada Allah SWT. Ajal maut kita ditentukan oleh Allah SWT,” tulis beliau dalam hantaran Facebook malam tadi.

Dr Noor Hisham selain itu turut memetik ayat 185 Surah Ali Imran dan ayat 156 Surah Al Baqarah.

Kata-kata semangat dibuat Dr Noor Hisham itu dipercayai bagi memberi motivasi kepada petugas barisan hadapan negara yang berdepan peningkatan berterusan kes positif Covid-19 pada setiap hari.

Advertisements

Semalam Kementerian Kesihatan (KKM) mencatatkan 3,339 kes positif Covid-19 baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 158,434 kes.

Jumlah itu sedikit rendah berbanding yang direkodkan kelmarin iaitu 4,029 kes, kes harian paling tinggi direkodkan setakat ini pada hari keempat pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

November tahun lalu, Dr Noor Hisham pernah memuatnaik naik hantaran serupa dipercayai ada kaitan dengan dakwaan yang menyatakan beliau tidak turun padang meninjau keadaan penularan wabak itu di Sabah kerana takut mati.

Dakwaan tersebut dibuat Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing dalam sidang Dewan Rakyat.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan