29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PM usul bantuan bulanan JKM dinaikkan RM1,000

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengusulkan agar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) antara RM200 dan RM300 ketika ini kepada mereka yang layak dinaikkan kepada RM1,000.

Perdana Menteri berkata, golongan orang kurang upaya (OKU) adalah sebahagian daripada penerima bantuan JKM yang mendapat manfaat daripada kenaikan itu.

MUHYIDDIN YASSIN

Menurutnya, sebagai Kerajaan yang prihatin, beliau akan memastikan golongan OKU mempunyai hak dan peluang sama rata untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. 

“Kerajaan melalui Kementarian Kewangan telah mengumumkan beberapa inisiatif yang boleh membantu golongan OKU ketika membentangkan Belanjawan 2021 baru-baru ini, antaranya menaikkan bantuan bulanan OKU tidak berupaya bekerja daripada RM250 ke RM300, kadar elaun pekerja OKU RM400 ke RM450) serta bantuan penjagaan OKU daripada RM350 ke RM500.

“Mengambil kira keadaan ekonomi serta kos sara hidup semasa, saya juga telah mengusulkan agar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkan ke RM1,000.

“Yang pastinya golongan OKU juga termasuk dalam kumpulan masyarakat yang akan mendapat faedah dari kenaikan itu. Saya akan pastikan cadangan ini dapat dilaksanakan segera. Insya-Allah,” kata Muhyiddin sempena Hari OKU Sedunia di Facebook hari ini.

Muhyiddin memberitahu, mengikut rekod JKM bilangan OKU berdaftar di Malaysia setakat ini adalah berjumlah 581,265 orang.

Justeru beliau berharap, kempen mendaftarkan OKU dipergiatkan lagi bagi memastikan tiada OKU yang tercicir dan tidak diberikan perhatian.

“Perkara ini sangat penting untuk menjamin golongan OKU tidak terlepas daripada menerima bantuan Kerajaan, terutamanya ketika situasi sukar penularan pandemik Covid-19. 

“Saya doakan semoga golongan OKU diberikan tempat sebaiknya dalam kalangan masyarakat, seterusnya dapat sama-sama berperanan dalam pembangunan negara,” tambah Muhyiddin.

 

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan