25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PKPB di tiga negeri, daerah terpilih dilanjut tapi boleh rentas daerah, negeri

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP) dilanjutkan di beberapa negeri namun orang ramai dibenarkan merentas daerah dan negeri mulai Isnin ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada lagi sekatan jalan dan orang ramai juga tidak perlu memohon permit daripada polis, kecuali untuk beberapa kawasan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Mulai Isnin juga, kata beliau, polis tidak lagi akan melaksanakan sekatan jalan raya, sebaliknya menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

‘’Seperti saya katakan, perlu ada keseimbangan antara keperluan ekonomi dan menjaga kesihatan. Seperti yang kita tahu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan berakhir tetapi kita masih belum tahu sama ada akan disambung atau sebaliknya.

‘’Jadi beberapa kelonggaran dipersetujui. Antaranya bersetuju supaya rentas daerah dan negeri dibenarkan di seluruh negara, kecuali kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),’’ katanya.

ISMAIL SABRI YAAKOB

Pada sidang akhbar itu, Ismail Sabri berkata, PKPB di Kuala Lumpur dan Selangor yang dijadualkan tamat pada Ahad, dilanjutkan 14 hari lagi, sehingga 20 Disember ini.

Bagaimanapun berkata, tiga daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor diumum PKPP sehingga 20 Disember.
Jelasnya, PKPB di Putrajaya, Pulau Pinang, Perak, Labuan, Negeri Sembilan dan Kelantan, Johor dan Labuan pula ditamatkan dan kembali ke PKPP.

“Namun, PKPB di seluruh Perak yang ditamatkan pada 6 Disember diteruskan di Kinta, Mukim Teja, Mukim Changkat Jong. PKPB di seluruh Kelantan yang tamat pada 5 Disember kecuali Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas

“Selain Seremban dan Port Dickson, PKPB di Negeri Sembilan pula ditamatkan pada 6 Disember 2020. Seluruh Johor ditamatkan PKPB kecuali Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai dan Kota Tinggi.

“Di Sabah, semua PKPB dilanjutkan sehingga 20 Disember dan PKPD di K Avenue Mega City Penampang ditamatkan namun terikat dengan PKPB. Kebenaran untuk pergerakan luar keluar dari Sabah juga tidak lagi diperlukan,” katanya semasa sidang media pada Sabtu.

Dalam pada itu katanya, negeri-negeri lain seperti Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis, Melaka dan Sarawak kekal di bawah PKPP sehingga 31 Disember.

Ia berikutan situasi peningkatan kes positif selain penilaian Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendapati masih terdapat lokasi yang berisiko tinggi bagi penularan COVID-19.

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor bermula 14 Oktober hingga 27 Oktober.

Bagaimanapun, tambahan lanjutan tempoh itu diumum sebelum ini sehingga 9 November dan terkini sehingga 6 Disember.

Ismail Sabri mengakhiri sidang media tersebut dengan berharap orang ramai menjaga keselamatan diri masing-masing dan mengambil langkah-langkah pencegahan.

‘’Vaksin terbaik masa kini bagi menangani Covid-19 ini adalah diri kita sendiri dengan mengikut norma baharu kehidupan. Tanpa perubahan sikap masyarakat dan pematuhan SOP, kita tidak akan berjaya,’’ katanya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan