34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PH sedia bekerjasama dengan UMNO di Perak

Mesti Baca

Zulkiflee Bakar
Zulkiflee Bakar
Penulis Khas Edisi 9

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk UMNO bagi membentuk sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil di Perak.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, demi kepentingan rakyat, PH bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang boleh membantu membentuk kerajaan pelbagai kaum, kukuh dan stabil.

“Saya terbuka untuk perbincangan yang membina dan kami sudah bersedia,” katanya dalam aplikasi Whatsapp yang dikongsi bersama media hari ini seperti dilaporkan Astro Awani.

Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan untuk membentuk jajaran baharu politik di negeri Perak.

Advertisements

Bagaimanapun, tegasnya, mereka akan mencuba seboleh mungkin untuk mengekalkan kerajaan di bawah kepimpinan Menteri Besar terdahulu.

Sementara itu Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi berkata, keutamaan PH sekarang ialah menjaga kepentingan rakyat yang menderita sepanjang pandemik COVID-19.

“Kami tidak akan menyertai UMNO. Amanah dan PH bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk UMNO untuk membentuk kerajaan yang kuat dan stabil di Perak,” ujarnya.

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Selvador Rizal Mubarak pula dalam jawapan ringkasnya berkata, mereka bersedia demi untuk kepentingan rakyat.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan