26.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023

Penyerang JDT cedera, anak antara tiga maut dalam kemalangan

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Bayi lelaki pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Syafiq Ahmad yang baru berusia 22 hari antara tiga maut dalam kemalangan awal pagi ini yang turut menyaksikan penyerang kebangsaan itu berserta dua lagi ahli keluarganya cedera, di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Bernama melaporkan, dua lagi yang maut dalam nahas kira-kira 5.30 pagi di KM 163 Lebuhraya Utara-Selatan di Sungai Bakap itu ialah ibu mentuanya Zainab Wahab, 45, serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Muhammad Syafiq, 25, serta seorang lagi anak perempuannya, dikenal pasti sebagai Aaira Nur Saffiya, 2, cedera ringan, namun isterinya Nur Amalina Nur Ain, 25, cedera parah.

Syafiq Ahmad terselamat dalam kemalangan maut di Pulau Pinang pagi ini.

Jurucakap itu berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada 5.36 pagi dan sepasukan anggota berserta sebuah jentera digegaskan ke lokasi.

“Setiba di lokasi, didapati sebuah kereta pelbagai guna jenis Toyota Vellfire dalam keadaan remuk teruk selepas dipercayai terbabas sendiri dan melanggar pembahagi jalan. Terdapat enam mangsa dengan tiga daripada mereka tersepit di dalam kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi.

Baca juga:   Proses penamaan calon PRN Sarawak ke-12 hari ini

Menurut jurucakap itu, semua mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Baca juga:   Lionel Messi peroleh pendapatan tertinggi, Ronaldo tempat kedua

Semua mayat dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat manakala yang cedera pula dihantar ke Hospital Seberang Jaya.

Wartawan

Terkini

Elemen amanah, keyakinan perlu diterap dalam pasukan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepada jemaah menteri dan penjawat awam untuk bekerja sebagai satu pasukan yang...

Lagi Artikel Berkaitan