27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Menyamar pegawai minta rasuah, SPRM tahan 4 individu

Mesti Baca

PUTRAJAYA – Mendakwa kenalan rapat, menunjukkan gambar-gambar bersama dan kad-kad tertentu kononnya milik pegawai kanan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan antara modus operandi penyamar pegawai agensi itu dengan mengambil wang rasuah daripada pihak yang sedang disiasat SPRM.

Perkara itu didedahkan SPRM selepas menahan empat individu yang mengambil wang rasuah daripada pihak yang sedang disiasat agensi itu kononnya bagi tujuan menyelesaikan kes, semalam.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata, kes berkenaan terbongkar hasil kerjasama daripada mangsa terlibat.

“Oleh itu, SPRM menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan taktik yang digunakan oleh suspek seumpama ini iaitu mendakwa mengenali rapat pegawai kanan SPRM, menunjukkan gambar-gambar bersama pegawai kanan SPRM, menunjukkan kad-kad tertentu kononnya milik pegawai kanan SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya di SPRM.

Advertisements

“Penyamar turut menunjukkan gambar-gambar berada di premis dan program-program pencegahan SPRM.

“Taktik berkenaan digunakan bagi meyakinkan mangsa terlibat sekali gus bertujuan mendapatkan wang rasuah,” kata Azam, hari ini.


Azam berkata, SPRM sehubungan itu meminta orang ramai yang dihubungi oleh mana-mana pihak yang memperkenalkan diri mereka sebagai pegawai SPRM atau Timbalan Pendakwa Raya bagi menyelesaikan sesuatu kes SPRM supaya terlebih dahulu merujuk perkara tersebut kepada suruhanjaya terbabit untuk pengesahan.


Tambahnya, SPRM juga tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika perkara berkenaan turut melibatkan mana-mana pegawai SPRM.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan