29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Jalin kerjasama: JDT pamer logo UNICEF musim 2021?

Mesti Baca


JOHOR BAHRU – Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berkemungkinan membawa logo UNICEF di bahagian hadapan jersi pasukan itu untuk musim 2021 seperti Barcelona dan jersi latihan Manchester United pada suatu ketika.

Ini berikutan termetrainya kerjasama  bersejarah antara JDT dengan organisasi antarabangsa UNICEF untuk mengumpul dana bagi kemajuan kanak-kanak di Ibu Pejabat JDT, hari ini. 

Memetik hantaran Facebook Johor Southern Tigers, kerjasama dengan UNICEF ini adalah yang pertama di rantau ini dan akan meningkatkan lagi kesedaran tentang keperluan kanak-kanak. 

“Tugas UNICEF adalah memastikan setiap kanak-kanak mempunyai peluang untuk membesar dengan sihat dan gembira, menjalani kehidupan dengan selamat dan mencapai potensi sebenar mereka,”tulis hantaran itu hari ini.

Advertisements

Sementara itu, dalam sidang media, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim berkata, kerjasama itu tidak semestinya melibatkan wang ringgit sahaja tetapi sebaliknya akan memupuk kesedaran di antara masyarakat seluruh Malaysia dan menaikkan nama JDT di seluruh dunia.


“Mentaliti saya dan sesetengah pihak dalam negara berbeza. Sebagai contoh, semua kelab boleh menandatangani pemain bola sepak tetapi bukan semua kelab mendapat pengiktirafan daripada jenama-jenama terkemuka antarabangsa.

“Kejayaan komersial, jenama dan aset kelab adalah yang pertama. Jikalau kelab tiada duit, kelab tidak dapat menandatangani pemain dan tanpa pemain yang bagus, pasukan tidak dapat mencapai kejayaan di dalam padang.

“‘Brand awarenes’ juga bermaksud pengiktirafan bahawa peranan JDT adalah lebih besar daripada hanya sebuah kelab bola sepak,” katanya.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan