32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

‘Cemolot’ dengan DAP, apa lagi pilihan yang UMNO ada?

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh WAK TOTOK

RAMAI yang meroyan tak tentu hala bila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan parti keramat Melayu itu bersedia ‘mempertimbangkan’ untuk bekerjasama atau ‘cemolot’ dengan DAP di Perak.

Mulalah keluar tuduhan-tuduhan seperti ‘pengkhianat’, ‘tikam belakang’ dan ‘pembelot’.

Senang cerita, ramai juga yang tak setuju dengan ura-ura UMNO cemolot dengan DAP dan parti-parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baharu di Perak.

Cuma agak lawak tahap antarabangsa bila mengenangkan cemuhan membuta-tuli terhadap UMNO itu diludahkan oleh mereka yang terlebih awal cemolot dengan DAP dahulu.

PAS dahulu bekerjasama dengan DAP dalam kerangka Pakatan Rakyat yang mencetuskan gelombang tsunami politik pada PRU-12.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad pula menjadi dalang yang membuka pintu kepada DAP berkuasa di peringkat kerajaan Persekutuan.

cemolot
Adilkah jika Zahid dan UMNO sahaja yang dipersalahkan? – Gambar FB Zahid Hamidi

Agaknya mereka tak sedar ludah bercampur kahak yang mereka tujukan terhadap UMNO itu sebenarnya sudah lama terpalit pada muka sendiri.

Jika difikirkan masak-masak, apa lagi pilihan yang UMNO ada jika Bersatu dan PAS jual mahal tak mahu bersama UMNO dalam kerajaan negeri Perak.

Pentadbiran kerajaan negeri mesti diteruskan agar usaha menjaga kebajikan rakyat tidak tergendala.

Advertisements

Sikap jual mahal PAS dan Bersatu dalam hal ini hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Nak harapkan mereka bentuk kerajaan, jumlah kerusi pun ciput.

Lagipun, dari awal lagi UMNO sudah jelaskan bahawa mereka hanya mahu tukar Menteri Besar, bukannya menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak.

Sekarang terpulanglah kepada PAS dan Bersatu untuk membuat keputusan.

Pilihan yang terbaik adalah bersama dengan UMNO meneruskan kesinambungan PN di Perak.

Jangan salahkan UMNO pula kalau PAS dan Bersatu sendiri terlalu ego kerana pintu terbuka luas kepada mereka untuk menyertai kerajaan negeri Perak.

Kalau PAS dan Bersatu menolak pelawaan UMNO, mereka juga bersalah kerana menebuk atap untuk membenarkan DAP kembali berkuasa di negeri Datuk Maharajalela itu.

Apa-apa hal pun, sebelum meludah ke arah UMNO, ambil dulu sapu tangan, basahkan sikit dengan air, kemudian lap kahak kering di muka.

Buruk sangat rupanya bila dibiarkan terlampau lama.

Nanti, bertambah pula kahak baharu bila ludah yang ditujukan kepada UMNO buat pusingan U ke muka sendiri.

  • Wak Totok ialah seorang pemerhati politik semasa yang teguh memperjuangkan alif, ba, ta sejak dulu kini dan selama-lamanya.
  • Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan