31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Tengku Permaisuri Selangor sumbang motosikal kepada Nur Athirah

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan peribadi berupa sebuah motosikal kepada Nur Athirah Abdul Latiff yang ditimpa musibah apabila motosikalnya dicuri ketika melakukan penghantaran makanan di Batu Caves, kelmarin.


Menerusi hantaran Facebook Selangor Royal Office, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular mengenai nasib malang Nur Athirah.

Sumbangan itu disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.

Nur Athirah yang merupakan anak kedua dari tiga beradik tinggal bersama ibunya di Batu Caves kini bertindak selaku penyara keluarga dengan melakukan kerja penghantaran makanan sepenuh masa.

Tengku Permaisuri Norashikin berharap dengan sumbangan itu, Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga.

Gambar Nur Athirah kehilangan motosikal tular di media sosial.

Titah Baginda lagi, di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini, Baginda amat berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain.

Baginda turut mendoakan agar sekalian rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T.

Baca juga:   Penunggang motosikal maut, langgar pembahagi jalan

Kelmarin, motosikal Yamaha 135LC milik Mur Athirah dengan nombor pendaftaran BQF2182 hilang di depan pasar raya Batu Caves.

Menurut Nur Athirah, dia ke pasar raya itu pada pukul 1.30 tengah hari untuk mengambil makanan yang dipesan pelanggan dan meletakkan motosikal di kawasan berkenaan.

Baca juga:   Kanak-kanak 2 tahun maut, ibu cedera parah

“Apabila kembali ke kawasan parkir tidak sampai 10 minit, saya dapati motosikal sudah tiada sebelum diberitahu ia dicuri,” katanya.

Wartawan

Terkini

Rangka manusia Tapak Arkeologi Guar Kepah dibawa pulang

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang bakal membawa pulang...

Lagi Artikel Berkaitan