29.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 9, 2024

Perakam video tular pula terima bantuan motosikal Aisar Khaled

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

IBARAT tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Tindakan remaja yang sebelum ini merakam video penghantar makanan berjalan kaki selepas motosikalnya disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mendapat ‘habuan’.

Remaja berkenaan yang dikenali sebagai Rizky itu, bagaimanapun tidak pernah pun menjangka situasi seperti itu berlaku dalam hidupnya.

Namun begitu, sudah menjadi ‘rezekinya’ apabila dia antara penerima yang bertuah kerana mendapat hadiah motosikal dan wang ringgit daripada pempengaruh media sosial, Aisar Khaled.

Rizky atau dikenali sebagai Ikky itu dijemput ke rumah Aisar untuk menerima sebuah motosikal sebagai tanda penghargaan kerana berkongsikan video rider sehingga tular di media sosial.

Advertisements

Ikky adalah pelajar institut pengajian tinggi (IPT) memberitahu dia berada tempat kejadian kerana motornya juga disita JPJ atas alasan yang sama iaitu cukai jalan tamat tempoh.

Bukan sahaja memberikan motosikal, pempengaruh berusia 23 tahun itu turut menghadiahkan wang tunai RM3,000 kepada Ikky.

Ikky memberitahu duit itu akan digunakan bagi tujuan melunaskan tunggakan bayaran yuran kolej berjumlah lebih RM1,000. 

Video dikongsi di Instagram itu menerima maklum balas positif daripada warganet yang berterima kasih dan terharu dengan tindakan Aisar. 

Sebelum ini, pempengaruh itu bermurah hati menghadiahkan motosikal baru dan wang tunai yang tidak dinyatakan jumlah kepada penghantar makanan yang tular akibat motornya disita. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2024 tawar diskaun sehingga 50 peratus

KARNIVAL Cuti-cuti Malaysia 2024 (KCCM2024) yang bakal berlangsung pas 25 hingga 27 Oktober di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan